Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 17, 2021 @ 11:26am

Berbesar Hati Dapat Berkhidmat Untuk Negara, Azmin Ali Mohon Maaf Jika Terdapat Sebarang Kekurangan

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali berbesar hati dapat berkhidmat untuk negara tercinta.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkongsi perkara terbabit menerusi ruangan Instagram Story miliknya selepas tugasnya sebagai menteri berakhir semalam.

“Saya berbesar hati dapat berkhidmat dengan MITI dan negara tercinta,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ciapan di laman Twitter rasmi miliknya, Azmin turut memohon maaf atas segala kekurangannya.

“Ia sentiasa menjadi hasrat saya untuk menangani masalah ekonomi dan memelihara pekerjaan untuk rakyat.

“Walaupun ekonomi pulih, ramai yang menderita sepanjang wabak global yang kejam ini.

“Saya mohon maaf atas segala kekurangan saya. Suatu penghormatan untuk berkhidmat kepada anda,” tulisnya.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri turut melakukan perkara yang sama.

Muhyiddin kini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri sementara sehingga ada Perdana Menteri yang baru dilantik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Sep 2018
Trending Wed, 5 May 2021

Bila Kediaman Selamat, Boleh Raya Dengan Gembira… Jom Semak 6 Barangan Wajib Dimiliki Untuk Membersih & Disinfeksi Rumah!

Raya hampir tiba! Mesti semua excited nak sambut Raya kan? Tapi Raya, Raya juga, sebelum nak sambut Raya tu anda kena bersihkan rumah dulu! Masa Raya ni, kebersihan merupakan aspek yang paling penting sebab masa […]

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Siapa Nabila Di Hati Hael?

Saya dan Nabila adalah antara sahabat yang sangat rapat dalam industri. Kami sentiasa berkongsi apa juga pengalaman dalam industi dan saya sangat kagum dengan semangatnya yang tidak berputus-asa.

Events Fri, 14 Dec 2018

40,000 Pengunjung Banjiri Festival Anggun Life

Siapa yang pergi Anggun Life boleh guna #AnggunLife di sosial media korang okay!

FESYEN Thu, 5 Sep 2019

Starting Off Fresh With New Kicks from adidas X AriZona Iced Tea

adidas Originals and AriZona Iced Tea collab lets you stand out by looking fresh, succulent and vivacious; just like the tea!

Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Enggan Susahkan Penganjur & Tak Mahu Hampakan Peminat, Ayu Damit Teruskan Menyanyi Walaupun Baru Tiga Hari Bersalin

Power lah! Baru 3 hari bersalin… dah boleh nyanyi siap tarik nada tinggi lagi!

Featured Fri, 8 Oct 2021
error: Content is protected !!