Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd August 18, 2021 @ 3:33pm

JPJ Tawar Pengurangan Saman 70 Peratus Bermula Hari Ini

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-64, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menawarkan diskaun sebanyak 70% kepada semua saman yang dikeluarkan termasuk yang telah disenarai hitam.

Menerusi Facebook rasmi JPJ, diskaun ini dibuat bagi mengurangkan saman serta beban orang ramai dikala negara sedang menghadapi krisis ekonomi ini.

“Pengurangan kompaun akan diberikan kepada semua notis sama yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.”

Difahamkan, tempoh pengurangan saman ini terhad bermula hari ini (18 Ogos) sehingga 16 September nanti.

Walaubagaimanapun, pengurangan pembayaran saman ini tak termasuk kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Manakala bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, individu tersebut perlu hadir ke pejabat JPJ bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dibuat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Apr 2024
#tilljannah Sat, 12 Nov 2022

“Kami Tak Mahu Menghebahkan” – Rupanya Najwa Latif & Suami Sudah Bertunang Jun Lalu

Pasti ramai yang masih terkejut akan berita penyanyi Najwa Latif yang selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Akwa Ariffin, semalam. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna YouTube, Aidil Dbahri atau aidilsk8, Najwa […]

Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Siti Nurhaliza Dilantik Ahli Lembaga Pengarah ASWARA

Pelantikan ini juga satu anjakan baharu kepada diri saya sendiri kerana penglibatan saya sebagai ALP Aswara ini dalam bidang pendidikan.

Hiburan Wed, 18 Aug 2021

“Terubat Rindu…” – Kongsi Video Terbaru Sambal Jawa ‘My Style’, Instagram Siti Sarah Akan Kekal Aktif

Akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang mempunyai lebih 2.8 juta pengikut akan kekal aktif untuk tatapan peminatnya. Difahamkan, akaun terbabit kini dikendalikan oleh ahli keluarga Allahyarham dan akan berkongsi segala perkembangan terkini empat […]

Featured Wed, 22 Apr 2020
Trending Tue, 10 Sep 2019

Lelaki minta tunang buktikan masih dara, Dr Amalina kesal!

Fakta: dara boleh hilang sekalipun tidak pernah melakukan hubungan kelamin

Hiburan Thu, 21 Nov 2019

“I Suka You Buncit” – Linda Rafar Larang Suami Diet

Korang suka yang buncit ke yang sado??

error: Content is protected !!