Featured By: Attiqah Mohd August 19, 2021 @ 6:32pm

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat.

Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga Pengasas Rumah Bonda bakal didakwa di Mahkamah Sesyen esok atas pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Perkara itu disahkan olej Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan

“Beliau (pengasas rumah bonda) akan didakwa pada 20 (Ogos) ini mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pengasas rumah berkenaan, Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula lima anak angkatnya yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Siti Bainun, 29, dan empat ibu kandung anak angkatnya memfailkan permohonan itu melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, pada 2 Ogos lalu menerusi Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 30 Oct 2021
Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Fri, 14 Dec 2018
Events Wed, 23 Jan 2019

Immerse Yourself in a Surround Sound Live-Music Experience

Imagine listening to good quality music in it’s best form, live!

Trending Mon, 22 Aug 2022

“Kan Comel Pakai Tudung” – Usop Mohon Doa Agar Isteri Berhijab Dengan Sempurna

Penyanyi, Usop yang bergelar suami kepada Nur Fatihah Md Hasim pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup. Terbaharu, selebriti yang menempa nama menerusi rancangan […]

Trending Mon, 1 Mar 2021