Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd August 30, 2021 @ 3:07pm

Saman Fitnah Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Failkan Pembelaan, Akan Lawan Tuntunan Di Mahkamah

Sam Musyadzafar Samin atau Sam Samin dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G. yang merupakan defendan keempat dan kelima disaman oleh Siti Nordiana atas dakwaan memfitnah beliau di laman media sosial Instagram memasuki fasa baharu setelah peguam defendan-defendan memfailkan pembelaan ke atas tuntutan saman fitnah yang dibuat penyanyi tersebut.

Perkara itu disahkan peguam Sam Samin dan Aida G. iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors di Shah Alam.

Pernyataan pembelaan tersebut difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini dan serahan telah dilakukan pada hari yang sama.

“Secara ringkasnya, berdasarkan pembelaan yang dimasukkan, pihak defendan keempat dan kelima percaya kes ini adalah tidak wajar diteruskan kerana kata-kata yang diadukan Siti Nordiana tidak berbaur fitnah.

“Dakwaan fitnah yang dibuat oleh Siti Nordiana terhadap anak-anak guam adalah disangkal,” tegas Nurul Hafidzah.

Peguam tersebut yang menyentuh isu substantif kes saman fitnah itu berkata tidak ada sebarang elemen fitnah dalam kenyataan atau percakapan anak-anak guam beliau.

“Defendan-defendan tidak takut kerana mereka berada di sisi kebenaran. Pihak defendan akan berjumpa pihak Siti Nordiana di mahkamah dan barisan peguam kami akan memberikan yang terbaik untuk membela nasib defendan-defendan semasa perbicaraan,” tambah Nurul Hafidzah.

Menurut laporan media sebelum ini, pada awal bulan Ogos, Siti Nordiana bertindak menyaman lima individu termasuk terhadap defendan keempat dan kelima.

Sebelum ini, Nurul Hafidzah memberitahu kenyataan yang anak-anak guam beliau berkemungkinan muflis sekiranya gagal untuk memasukkan kehadiran beserta pernyataan pembelaan selewat-lewatnya pada 17 Ogos adalah kenyataan yang salah dan dakwaan yang diperihalkan oleh pihak plaintif adalah tidak tepat.

Menurut beliau, kedua-dua anak guam menyangkal dakwaan yang mereka telah memfitnah plaintif dan pihak plaintif tidak berhak menuntut sebarang pampasan atau ganti rugi ke atas pihak defendan.

Pihak defendan percaya bahawa semua dakwaan Siti Nordiana adalah tidak berasas dan tiada sebarang kenyataan atau percakapan yang telah dilakukan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama baik plaintif, memfitnah atau memusnahkan reputasi plaintif.

Peguam itu berkata langkah seterusnya adalah menunggu penetapan tarikh perbicaraan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Aug 2021

“Kenang Kebaikan Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Obses” – Fynn Jamal Tampil Menegur Tindakan Segelintir Netizen

Ingat, semua perkara pun tidak boleh berlebih-lebihan cukup sekadar berpada-pada sahaja

Events Fri, 3 Aug 2018

Rise: Ini Kalilah Di Pawagam 16 September Depan

Filem yang menelan kos sebanyak RM 2 juta ini mengetengahkan kisah rakyat yang bekerjasama dalam merealisasikan satu matlamat sama iaitu sayangkan negara.

Trending Mon, 30 Dec 2019

Bangunan Perkeso Kota Bharu Diserang ‘Pengamuk’

Meminta untuk segera mengosongkan bangunan kerana ada serangan amukan

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Rawat Hati Terluka, Selena Pindah Keluar Dari LA?

Selepas putus cinta, Selena nekad berpindah dan mahu menjalani kehidupan lebih sederhana.

Hiburan Wed, 15 Oct 2025
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

PITAHATI Gabung Muzik Klasik Moden Dalam ‘Naraka’

Kumpulan PITAHATI kini kembali dengan lagu terbaharu berjudul Naraka yang menjadi lagu tema bagi drama Jibril yang ditayangkan di TV3. Lagu Naraka gabungan nuansa muzik 70an, 80an serta moden ini sarat dengan mesej mesej tersembunyi […]

Featured Tue, 15 Nov 2022

Peragakan Kasut Tumit Tinggi, Otam Blurr Undang Tawa Netizen – “Tak Tahu Macam Mana Perempuan Boleh Hadap…”

Pempengaruh Otam Blurrr yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ dalam melakukan video parodi kelakar sekali lagi tular di laman TikTok. @otamblurrrrrNasib baik aku jantan pakai kasut biase2 je ahhahaaha♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – It’s […]

error: Content is protected !!