Trending By: Padin September 1, 2021 @ 7:08am

Tampil Hulur Bantuan, Jenama Susu Hijrah Derma 500 Kotak Rezeki & 50 Set Katil Hospital

Pandemik yang melanda dunia kini telah melumpuhkan semua ekonomi dan sektor kesihatan merupakan antara sektor yang paling terkesan. Keadaan ini memaksa sesetengah syarikat untuk memberhentikan pekerja mereka dan meninggalkan sebahagian besar daripada pekerja kehilangan punca pendapatan.

Masa-masa macam inilah yang kita perlukan sokongan daripada syarikat-syarikat lain untuk membantu! Produk Jenama Hijrah tampil dengan bantuan team Titipan Kasih Harian Metro untuk menghulurkan bantuan!

Bukan sahaja menyediakan kotak rezeki tapi mereka juga menderma katil untuk hospital-hospital yang memerlukan!

Sinonim dengan maksud perkataan ‘Hijrah’, ini merupakan masa terbaik untuk saling bantu membantu.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Hijrah membawa maksud berubah untuk menjadi sesuatu yang lebih baik, perhijrahan perbuatan atau perihal berhij­rah.

Sama seperti produk Hijrah, mereka ingin memberikan gambaran terbaik seiring dengan nama produk mereka dengan berikan kembali kepada masyarakat di saat-saat sukar sebegini. Tak kiralah kumpulan masyarakat ataupun individu, jika mereka memerlukan, kenalah kita tolong kan?

Bila satu orang buat kebaikan, 10 orang akan tengok dan mungkin separuh dari mereka akan buat benda yang sama kan? Dari situ, kebaikan tersebut akan dipanjangkan dan lagi ramai orang yang memerlukan dapat dibantu!

Keluarga B40 yang terkesan juga akan menerima kotak rezeki!

Bukan itu sahaja, tetapi team Hijrah juga menyediakan 500 kotak rezeki yang bernilai RM150 setiap satu kotak untuk diberikan kepada insan-insan yang terkesan dari kategori B40. Mereka juga akan dipilih atas nasihat Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya mereka yang menerima kotak rezeki ini sememangnya orang yang betul-betul memerlukan.

Kotak rezeki tersebut mengandungi Susu pekat Hijrah, Susu Cair Dairy Champ, Susu UHT Goodday dan barang-barang keperluan lain seperti beras, minyak masak, biskut, makanan tin, shampoo, sabun, sabun baju dan sebagainya.

Kehilangan suami kerana Covid-19, gaji dipotong merupakan antara masalah yang penerima hadapi

Nur Hidayah Abdullah, 35, yang bekerja sebagai penasihat kecantikan di sebuah farmasi mengatakan bahawa pandemik ini menyebabkan gaji beliau dikurangkan dan hanya mendapat gaji pokok sahaja menyebabkan beliau agak terkesan. Beliau juga terpaksa menjaga sendiri anak beliau yang sebelum ini dihantar dirumah pengasuh kerana kekurangan wang.

“Kotak Rezeki ni banyak membantu saya dan keluarga. Anak bongsu saya tidak dapat bekerja ketika PKP ni jadi, apa bila bantuan ni diberikan, ia meringankan beban kami sekeluarga. Majlisnya juga dilakukan dengan penuh SOP dan barangan yang diberikan sememangnya memenuhi kelengkapan asas yang diperlukan,” kata Mohamad Ilyas Khalil, 57, pesara tentera.

Seperti yang kita tahu, Covid-19 telah banyak meragut nyawa orang-orang sekeliling kita. Rafeah Jaafar, 40 tahun ini juga kehilangan suaminya disebabkan Covid-19. Apa yang lagi menyedihkan ialah beliau masih mempunyai anak kecil yang berumur 11, 10, 7 dan 6 tahun dan ketika suaminya meninggal dunia, beliau dan anak-anak tidak dapat melihatnya kerana mereka masih dalam kuarantin dan hanya dapat melihat video yang direkodkan oleh adiknya sahaja.

“Terharu saya dapat bantuan hari ni sebab saya suri rumah. Jadi bantuan ini sangat-sangat lah bermakna buat saya dan anak-anak. Mereka la yang buatkan saya kuat semangat untuk teruskan berniaga apa sahaja untuk jana pendapatan,” katanya.

Hospital yang mengendalikan kes Covid akan menerima 50 set lengkap katil baru!

Getty Images

Seperti yang kita ketahui, disebabkan kes Covid di Malaysia yang kini meningkat, rata-rata hospital yang mengendalikan kes Covid kekurangan katil dan amat memerlukan bantuan. Hal ini demikian kerana, tanpa katil yang mencukupi pesakit tidak dapat dirawat dengan sebaiknya dan pesakit sendiri berada dalam keadaan tidak selesa dan menanggung kesakitan.

Sedar akan masalah ini, Team Hijrah tampil membantu! Sebanyak 50 set lengkap katil akan didermakan ke hospital-hospital yang dipilih sendiri oleh pihak KKM mengikut tahap kesegeraan hospital tersebut. Majlis penyerahan katil ni akan diadakan di KKM Putrajaya!

Hijrah merupakan produk susu pekat yang 100% dijamin Halal! Jangan lupa beli kalau terjumpa tau!

Hijrah merupakan salah satu produk kegemaran muslim tau. Jadi anda tak perlu ragu-ragu dah nak cuba. Apa yang paling best, selain dari tak ragu-ragu, ia juga lebih jimat dan lemak berkrim! Berbaloi sungguh!

Kalau yang belum cuba tu, mungkin anda boleh berhijrah untuk cuba jenama ni pulak? Cuba benda baru tu kan best?

Semoga sumbangan dari pihak Hijrah ini sedikit sebanyak memantuk para frontliners di hospital berkenaan dan juga keluarga-keluarga yang terkesan ketika ni. Sama-sama kita berdoa supaya virus ni terhapus dari dunia secepat mungkin!

Nak tahu lebih lanjut mengenai jenama Hijrah ni anda boleh lawati laman web mereka dekat SINI!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 Jan 2021

Geran Khas Prihatin Tambahan RM 1,000 Dan RM 500 Kepada..

Wah, inisiatif terbaik untuk membantu golongan PKS!

Trending Mon, 19 Apr 2021
Trending Thu, 29 Nov 2018
Trending Fri, 7 Sep 2018

FB、IG爱PO健身照?研究:代表你心理有问题

运动风气盛行,去健身房锻炼身材,已经成为现代人日常生活一部分,但你有发现吗?有些人就很爱常常上传自己的健身照,从FB、IG等各种社群媒体都不放过,一项研究指出:这样的行为,代表心理有问题!

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

Trending Sun, 14 Nov 2021

Sempena Hari Lahir, Nabila Razali Beri Peminat Hadiah

Selepas mencatat kejayaan luar biasa menerusi lagu Peluang Kedua dengan 2x platinum, penyanyi Nabila Razali muncul dengan single baharunya berjudul Putus. Lebih menarik lagu berentak balada ini merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer […]

Trending Mon, 21 Oct 2019