Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 12, 2019 @ 10:37am

ATM Bank Diletupkan, RM300,000 Lesap

Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Jalan Haji Mustafa Raja Kamala di sini diletupkan sebelum wang tunai dianggarkan kira-kira RM300,000 dilarikan sekumpulan perompak.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Katanya hasil siasatan awal mendapati pihak bank berkenaan telah memasukkan wang tunai sebanyak RM300,000 ke dalam mesin ATM tersebut pada petang semalam.

“Tiga buah mesin ATM rosak dipercayai telah diletupkan dengan cermin berhampiran mesin itu turut pecah yang mana banyak kaca bertaburan di kaki lima bank tersebut.

“Terdapat kesan cecair bahan kimia di dalam kawasan parkir dipercayai digunakan untuk meletupkan mesin ATM bank itu dan kita menemui tiga kesan tompokan darah dipercayai kesan kecederaan suspek ketika cuba melarikan wang dari bank itu,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata bagaimanapun jumlah kerugian sebenar belum dapat dipastikan dan pihaknya sedang menunggu Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Ipoh untuk membantu siasatan kes rompakan ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Feb 2021

BPN 1.0 & BPN 2.0 Ringankan Beban Rakyat

Semoga segala bantuan yang diberikan kerajaan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya…

Trending Thu, 29 Mar 2018

Hantu Kebaya Merah Kembali?

Penampakan wanita berkebaya merah berjalan seorang diri di jalan gelap yang sunyi. Kalau korang, buat macam biasa atau dah jerit sekuat hati…hehe

Featured Thu, 6 Oct 2022
Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Buat Persiapan Awal Untuk Anak-Anak, Puteri Sarah Khuatir Meninggal Di Usia Muda

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan sudah membuat segala persiapan jangka masa panjang buat anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk meneruskan kelangsungan hidup. @mr.rullano Bagusnya Puteri Sarah buat planning untuk anak2 die. Bersedia in any situation. […]

Featured Sat, 18 Sep 2021
Featured Tue, 27 May 2025
Featured Fri, 26 May 2023
error: Content is protected !!