Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 27, 2025 @ 12:12pm

Ina Naim Puji Neelofa, Contoh Wanita Solehah – “Semua Dia Buat Kerana Allah, Itu Pasal Rezeki Dia Mencurah-Curah”

Selepas tular videonya mendengar lagu nasyid dari kumpulan Inteam, penyanyi, Ina Naim kembali mencuri perhatian apabila tampil mengulas mengenai ciri-ciri wanita solehah di TikTok miliknya baru-baru ini.

Menurut Ina, wanita solehah adalah wanita yang menjaga auratnya, menjadi penyejuk mata dan bukan bergelek di depan khalayak.

“Berjoget, tunjuk sana sini. Itu bukan wanita hiasan dunia. Itu , saya pun tak tahu. Hiasan dunia untuk suami.

“Seindah hiasan adalah wanita solehah. Kita ni seorang perempuan, jangan bergelek, tunjuk p*nkuq, tunjuk depan belakang..

“Orang lelaki ni dia kalau pandang tu ‘dalam’ dia fikir. Sampai ke dalam dia ‘scan’. Tutup sikit. Yang boleh labuh, labuhkan lah sikit.

“Perempuan ni kena ada rasa malu dengan lelaki. Tutup apa yang boleh di tutup.

“Saya sendiri dulu, nak pakai stokin pun rasa rimas, tak selesa. Tapi sekarang kalau keluar tanpa stokin rasa lagi rimas. Rasa tak selesa,” kongsinya.

Dalam pada itu, Ina atau nama penuhnya, Nordiana Mohd Naim, 41, meluahkan rasa kagumnya terhadap personaliti dan usahawan terkenal, Neelofa, yang disifatkannya sebagai contoh wanita solehah masa kini.

Katanya, Neelofa merupakan individu yang sentiasa meletakkan niat kerana Allah SWT dalam setiap langkah kehidupannya tidak kiralah dari kerjaya hingga ke bidang perniagaan dan dakwah.

“Tengok macam Neelofa. Buat apa-apa kerana Allah. Neelofa tu orangnya cerdik, bijak, pandai.

“Daripada sikit-sikit dia berubah, sampai sekarang, sebab tu Allah bagi rezeki dia melimpah ruah. Sebab dia buat kerana Allah,” katanya.

Dalam hantaran sama juga, Ina turut mendoakan agar Neelofa terus diberi kekuatan dan istiqamah dalam memperjuangkan dakwah serta menyebarkan kebaikan.

“Mudah-mudahan khusnul khatimah buat Neelofa. Berjaya dunia akhirat. Aamiin.

“Tengok Neelofa tu, buat semua kerana Allah. Sikit-sikit dia nak make up terpulang pada diri dia, suami dia suka macam tu. Tapi perubahan dia tu, Allah beri dia rezeki tak putus-putus. Kita pun nak macam tu.

“Jangan berubah automatik, pakai tudung labuh terus. Tapi bila hilang job… buka semula. Janganlah,” jelasnya.

@xtra_my Min setuju dengan Ina 💯 nak jadi wanita solehah kena cantik luar dan dalam okay😎✌🏻 #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #inanaim #puji #neelofa #contoh #wanita #solehah ♬ original sound – XTRA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Apr 2021

Usia Bukan Halangan Fhan Untuk Jadi Penyanyi & Rapper

Penyanyi baru, Fhan bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu di usia 30 tahun. Namun, bagi Fhan, dalam berkarya soal usia bukanlah perkara penting asal saja seseorang itu mempunyai minat dan bakat. Malah, Fhan, […]

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Teater Bangsawan Badang Bakal Di Pentaskan?

Jom pi tengok ramai-ramai!

Hiburan Tue, 1 Jul 2025

Azza Elite Segan Borak Dengan Yusry – “Dia Suami Orang, Saya Hormat Lisa”

Azza Elite hormati Lisa, segan borak lebih dengan Yusry

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Berat Badan Cecah 75 KG, Penampilan Langsing Enot Raih Pujian!

Enot amalkan sauna dan bersenam, berat badan kini 75 kg

Featured Sat, 2 Apr 2022
error: Content is protected !!