Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2021 @ 2:59pm

Terlupa Kata Laluan BKC? Jangan Risau, Berikut Langkah Aktifkan Semula Kata Laluan & Akaun Yang Disekat

Mungkin ada diantara pemohon Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang telahpun menerima bayaran setakat ini. Namun, mungkin juga ada segelintir diantara pemohon yang terlupa kata laluan untuk menyemak status dan jumlah bayaran yang diperolehi bukan?

Untuk makluman, kata laluan adalah penting untuk membuat semakan maklumat pembayaran dan status terkini anda berkaitan BKC.

Jadi, jangan risau berikut merupakan langkah ataupun carantuk mendapatkan semula kata laluan dan mengaktifkan semula akaun yang telahpun disekat.

Langkah-langkah atau cara jika terlupa kata laluan BKC

Pemohon diminta jangan panik dan lkukan perkara berikut;

  • Klik ‘Terlupa Kata Laluan’
  • Sekiranya paparan ini tertera, anda hanya perlu…

a) Jika pemohon mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian

  1. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  2. Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
  3. Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
  4. Semak e-mel dan log masuk semula MyBKC di pautan https://bkc.hasil.gov.my/
  5. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  6. Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.

b) Jika tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah

  1. Pemohon diminta untuk set semula kata laluan melalui e-mel
  2. Pemohon perlu menjawab Soalan Keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Tersilap jawab soalan keselamatan lebih 3 kali?

Sekiranya pemohon gagal menjawab / memasukkan kata laluan keselamatan melebihi 3 kali, berikut merupakan langah yang perlu di buat pemohon:

    • Cuba semula selepas 24 jam – Bagi pemohon yang masih terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun telahpun disekat, pemohon juga diminta untuk menunggu tempoh masa 24 jam
    • Namun, sekiranya masih terlupa, pemohon boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau kunjungi Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.
    • Selepas akaun BKC telah diset semula, pemohon perlu mendaftarkan semula MyBKC dan menjawab
      soalan keselamatan yang dipaparkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran Fasa 1 BKC Diterima Secara Berperingkat, Melibatkan Dana RM3.1 Billion – Tengku Zafrul

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dalam Proses Rayuan BPN Tidak Terkecuali Terima BKC

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 20 Dec 2024

[VIDEO] Isteri Along Cham Janji Akan Tuntut Keadilan, Dakwa Suami Jadi Mangsa Penganiayaan

Isteri Along Cham dedah konologi ketika kejadian suaminay ditangkap.

Featured Sat, 28 Feb 2026

“Hidup Untuk Curang!” – Tom Tampil Sinis, Luah Rasa Dipandang Serong

Penyanyi Tom meluahkan rasa kesal terhadap persepsi segelintir masyarakat yang terus menerus melabel dirinya dengan imej negatif.

Trending Mon, 30 Apr 2018

「6小时盖好的房子」一走进去让人不想出来了!

盖一间房子需要多久呢?这名来自意大利的设计师雷纳托(Renato Vidal)盖了一栋只花了6小时就完成的屋子,而且里头还相当精致。

Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Pernah Terfikir Jual Piano, Hazami Kini Mahu Kembali Menyinar

Alhamdulilah kehidupan Hazami semakin membaik. Semoga terus sukses dan bersinar!

Trending Tue, 24 Mar 2020

Masih Belum Jalani Ujian Covid-19, 3800 Jemaah Tabligh Bakal Diburu!

Tolonglah jangan degil dan ambil mudah isu Covid-19 ni okay!

error: Content is protected !!