Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd September 11, 2021 @ 2:54pm

Tan Sri Zaman Khan Meninggal Dunia

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Sabtu.

Difahamkan, Zaman Khan,78, meninggal dunia pada jam 10.15 pagi dan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Asar.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal bulan lalu selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu dengan doktor.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada tahun 1993 dan bertanggungjawab dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) serta P Kalimuthu yang dikenali sebagai Bentong Kali.

Beliau juga merupakan pegawai polis yang terawal tiba di lokasi tragedi runtuhan Highland Tower pada tahun 1993.

Antara sumbangan perkhidmatan beliau adalah sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 sebelum menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Penjara pada 1997.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Trio Terhangat Dipasaran Ini Bakal Kembali Dalam Pentas KRU25!

Melihat pada tarikh keramat tersebut, KRU kini dilihat sangat aktif dalam melakukan aktiviti sukan bertujuan untuk memantapkan fizikal dan mental mereka dalam membuat persiapan menjelang konsert #konsertgergasikru25 itu nanti

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

Alya Iman Enggan Layan Kontroversi Lama, Tak Terkesan Nama Dikaitkan Dengan ‘Penyondol’

Alya Iman berserah seandainya ada pihak cuba menjejaskan reputasinya

Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Featured Mon, 9 May 2022
Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Featured Wed, 27 Apr 2022
LIFESTYLE Sat, 8 Jun 2019

Khasiat Tersembunyi Dalam Garam Selain Penyedap Masakan

Garam mempunyai khasiatnya tersendiri dan bukan setakat menjadi penyedap sesuatu hidangan.

Trending Tue, 28 Dec 2021

Tragedi Pitam Atas Pentas Viral Di TikTok… Usahawan Muda Ini Didakwa Buat Gimik, Ada Netizen Tuduh Tak Sensitif Mangsa Banjir

Insiden yang melibatkan usahawan muda, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, 27, yang pengsan di atas pentas ketika berucap di sebuah acara menjadi buah mulut netizen. Perkongsian seorang pengguna TikTok bernama @mummy_myra yang merakam tragedi terbabit […]

error: Content is protected !!