Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 12, 2021 @ 2:25pm

Alyph Puas Dengan Karya Solo

Sering muncul dengan karya kolaborasi, penyanyi rap Alyph mengakui mahu memberikan fokus terhadap karya solo.

Alyph yang merupakan bekas anggota kumpulan Sleeq ini muncul dengan EP solo berjudul III/III yang mengandungi tiga lagu iaitu Skali Lagi, Show Me Colours dan Adakah Kau Mendengar?

“Semenjak awal pembabitan dalam industri muzik, saya sering muncul dengan karya kolaborasi. Bersama Syarif menerusi kumpulan Sleeq dan selepas itu, saya muncul dalam lagu bersama penyanyi lain.

“Kali terakhir saya muncul dengan lagu solo adalah pada 2017 menerusi Buat Selamanya. Kini, menerusi III/III saya mencurahkan segala idea untuk diri sendiri dan mengakui rasa puas dengan perkara terbabit,” kata Alyph.

Berbeza dengan karya terdahulu, Alyph menyuntik elemen berbeza dalam EP III/III kerana melodi ditampilkan kurang rancak temponya serta agak gelap.

“Saya menampilkan elemen yang belum biasa di telinga pendengar. Sejujurnya, ia tidak ada kaitan dengan keperluan untuk saya buat lagu rancak, perlahan atau menunjukkan kematangan saya dalam muzik. Saya rasa ia lebih kepada cara saya membuat muzik selama ini.

“Saya tak pernah buat muzik atau beri pendengar sebuah lagu yang terkini dan sudah biasa dengar. Semua lagu saya keluarkan mengandungi elemen yang orang belum biasa dengar lagi,” kata Alyph.

III/III boleh anda dengarkan di semua platform digital bermula 3 September lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Fri, 31 May 2019

Kecewa Belum Dapat Bayaran ‘Shooting’, Reza Hasbi Minta Maaf Dengan Anak-Anak

Sampai masa, Abbi akan undur diri untuk kerjaya ini…

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Jawab Teka Teki Peminat, Nur Fazura & Fatima Tampil Sebagai ‘Kejutan Terakhir’ Eksklusif!

Nur Fazura & anaknya, Nur Fatima Aisya muncul sebagai kejutan eksklusif.

error: Content is protected !!