Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari October 27, 2023 @ 8:52pm

“Kami Akan Selotep Mulut Abang Ajai & Mummy” – Adam & Ryan Bakery ‘Bangkit’ Lepas Teruk Dikritik, Perjelas Video Tular Sekadar ‘Content’ Bukan Sindir Juri

Pasangan personaliti media sosial, Adam dan Ryan Bakery menyifatkan komen pedas yang dilontarkan Ajai sebagai penguat semangat untuk memperbaiki diri dalam persembahan yang akan datang.

Malah, pasangan ini turut menjelaskan bahawa video yang dimuat di TikTok baru-baru ini bukanlah untuk menyindir Ajai namun sekadar kandungan untuk menghiburkan pengikut mereka.

“Bagi saya komen Abang Ajai membantu, kata-kata dia tu buatkan kami minggu ini rasa nak perbaiki kesilapan kami. Komen macam itu (terus-terang) lagi senang nak faham. Kalau dia kias-kias tak syok.

“Orang ingat itu kami perli Abang Ajai padahal kita cerita itu pasal komen netizen. Kami buat content itu untuk seronok sahaja. Kami nak tunjuk juga dekat orang yang kami tak down pun sebenarnya. Kami buat itu sama-sama nak hiburkan kami punya pengikut media sosial,” jelas mereka kepada XTRA.

Kata Adam dan Ryan, kenyataan Ajai yang menganggap mereka juga sebagai profesional kerana telah menyertai pertandingan itu jadi mereka perlu terima dengan hati terbuka dan tidak tersinggung.

“Nak buat macam mana sebab ini pertandingan kan. Jadi, kita dalam pertandingan ada juri jadi kena terimalah apa yang dia (Ajai) bagi untuk buat perubahan.

“Saya tak ada tersinggunglah. Okay sahaja cuma ya lah pertandingan kan ada rezeki masuk final kalau tak ada balik je lah,” kata mereka ketika ditemui.

Dalam pada itu, Adam dan Ryan memaklumkan mereka telah membuat persiapan untuk menebus kekecewaan minggu lepas.

“Kami 70% dah buat persiapan minggu ini. Kami akan tebus kekecewaan minggu lepas. Kami akan selotep mulut Abang Ajai mulut Mummy (Mas Idayu). Kami akan berikan yang terbaik sampai Abang Ajai cakap ‘yang ini yang saya nak’,” ujar Adam dan Ryan sambil ketawa.

Untuk makluman, persembahan minggu ketiga ini bertemakan Rock. Selain Adam dan Ryan, program nyanyian ini juga disertai oleh Shila dan Syahir, Adira dan Emma, Tom dan Fuad Rahman, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran dan Syaiful dan Sharif.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo Musim Ketiga yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick di TV3, jam 9 malam, setiap Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo 3: “Kalau Juri Teliti Lirik & Persembahan Kami Mungkin Mesej Sampai”- Dikritik Teruk Oleh Ajai, Mas Idayu… Adam & Ryan Bakery Tak Terasa Hati

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo 3: Persembahan Minggu Ke-2 Terima Komen Pedas Dari Ajai, Video Spontan Ryan & Adam Bakery Buat Ramai Berdekah

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo: Tak Boleh Lawan Vokal, Adam & Ryan Bakery Pertaruhkan Kreativiti & Persembahan… Tak Sangka Jadi Top 3 Minggu Pertama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Jun 2022

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Wahhhh, betul ke akan ada sekuel Mat Kilau 2 ni? Terbaik! 🤩🤩

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

Yuna, Adam Sinclair Bersanding 28 Januari Tahun Depan

Tak sabar melihat majlis persandingan Yuna dan Adam yang bakal diadakan gilang gemilang nanti

Hiburan Thu, 26 Oct 2023

Hot FM Perkenal Aidil Fikri, DJ AI Pertama Berbahasa Melayu Di Malaysia!

Wow! Kita dah ada DJ AI lah😍 Hai, Aidil Fikri🫶🏻 Jom dengarkan Hot FM, Hot FM sentiasa nombor syatu!

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

#Mentor7: ‘Kalau Boleh Tak Nak Singkir Sesiapa’ – Aizat

Jangan risau Faris. Aizat yakin awak ada masa depan cerah dalam industri hiburan. Yang penting, jangan berhenti usaha okay!

Hiburan Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Tiada Lagi #Jelena, Bieber Umum Dah Bertunang

Tambah Bieber, hatinya kini hanya milik gadis berusia 21 tahun itu. Wah, romantik habis!

Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Mikayla Delisha Hakim Nama Puteri Norman & Memey

Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Selepas Beberapa Kontroversi ‘Panas’, Beginilah Penampilan Terbaru Fathia Latiff

Nak tengok bagaimana agaknya penampilan terbaru pelakon popular Ariana Rose ni, jangan lupa klik dan baca berita okay!

error: Content is protected !!