Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 4, 2024 @ 5:22pm

“Saya Serik Untuk Kembali Berumah Tangga” – Raja Ema Lebih Bahagia Hidup Solo Tanpa Suami

Pelakon dan penyanyi veteran, Raja Ema menolak kemungkinan untuk mendirikan rumah tangga kerana dia lebih bahagia menjalani kehidupan secara solo.

Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mencari teman hidup biarpun terdapat lelaki yang tampil ingin memperisterikan dirinya.

“Saya seorang yang mementingkan diri sendiri dan tak suka berkongsi ruang dan masa dengan orang lain. Saya lebih suka menghabiskan masa dengan diri sendiri.

“Mungkin juga sebab saya sudah terbiasa hidup sendiri menyebabkan tak terfikir nak cari pengganti.

“Tak dinafikan adalah juga lelaki yang cuba mendekati, tapi saya tak tahu sejauh mana kejujuran mereka.

“Lagipun saya pernah bercerai dan boleh dikatakan serik untuk kembali berumah tangga.

“Memang tiada langsung jejaka idaman,” ujarnya.

Sementara itu, Raja Ema juga tidak menyangka untuk bergelar artis dan menjadikan industri seni sebagai sumber rezekinya.

Sejak awal pembabitannya dalam bidang lakonan dan nyanyian pada tahun 1980-an, Raja Ema mengimbau kembali permulaan kerjayanya yang penuh dengan kenangan manis.

Memetik laporan Berita Harian, dia muncul dengan album pertama berjudul Raja Ema Volume 1 pada 1985, pemilik nama lengkap Raja Ema Raja Ibrahim memaklumkan semuanya berlaku tanpa sengaja.

“Masa itu umur saya baru berusia 16 tahun dan tengah seronok nak cari duit sendiri. Saya bekerja di studio rakaman, The Booty Boys Studio sebagai kerani. Memang tak terfikir langsung nak jadi penyanyi waktu itu.

“Masih tengah berkira-kira bidang apa yang sesuai sama ada nak jadi penyanyi, pelakon atau penari kerana saya pernah menjadi penari pengiring pelakon Allahyarham Azmil Mustapha.

“Secara tiba-tiba saya ditawarkan untuk merakamkan album. Sebelum itu, saya perlu menjalani uji bakat dan saya memilih untuk menyanyikan lagu sifir (ketawa). Tak sangka mereka tertarik dengan nyanyian saya, lantas diminta merakamkan album.

“Album pertama saya diterbitkan pada 1985. Alhamdulillah, syarikat rakaman EMI Malaysia nampak bakat saya dan lahirlah single pertama berjudul Jejaka Idaman,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ema (@rajaema)

Untuk rekod, Raja Ema pernah digelar Puteri Pop Malaysia atau Cindy Lauper Malaysia kerana sering menggayakan skirt kembang ketika membuat persembahan.

Dalam pada itu, dia pernah diundang untuk menjayakan persembahan pada kejohanan Olimpik Musim Panas di Seoul, Korea Selatan pada 1988 disebabkan lagu Mentari Korea yang cukup terkenal pada ketika itu.

Mengenang kembali persembahannya yang sungguh ikonik itu, Raja Ema mendedahkan dia nyaris terlepas peluang untuk menjayakan persembahan dalam acara gilang-gemilang tersebut.

“Masa tawaran datang, saya sedang sibuk menjalani penggambaran di Indonesia. Nyaris juga tak dapat pergi, tapi sudah namanya rezeki berjaya juga saya ke Seoul.

“Saya berada selama seminggu dan setiap hari ada sahaja acara yang perlu dihadiri di lokasi berbeza,” katanya.

Raja Ema turut meluahkan rasa gembira dan rasa dihargai apabila mendapat layanan VIP daripada penganjur sepanjang berada di Korea.

“Saya teruja berkongsi pentas dengan penyanyi dari Jepun, Shohjo Tai dan artis Korea Selatan, Park Hye Ryoung. Seronok dapat bersama menaiki bas pergi membuat persembahan.

“Cuma kami dikawal rapi dan kalau nak ke mana-mana mesti ditemani pengawal peribadi. Nak pergi membeli-belah pun kena fikir sebab barang di sana mahal,” luahnya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Jul 2022

[VIDEO] “Siapa Ira Kaza To You?” – Masih Sayang Puteri Sarah, Soalan Cepumas Pak Nil Buat Syamsul Yusof Terdiam

Orang kata, diam adalah jawapan yang paling kuat 🥺 Min doakan semoga Puteri Sarah terus kuat! Moga masjid yang mereka bina akan selamat.

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Pelakon Gerak Khas Meninggal Dunia

Drama siri Gerak Khas kehilangan anggotanya hari ini apabila mendapat berita yang Nizen Ayob meninggal dunia sebentar tadi

Hiburan Thu, 7 Aug 2025

“Tolong Jangan Obses! Awak Yang Mulakan, Sekarang Benci Saya?” – Ezzanie Jasny Luah Perasaan Di Thread?

Ezzanie Jasny curi tumpuan, luah rasa berang terhadap individu yang didakwa obses dengannya

Hiburan Sat, 23 Nov 2019

李佩玲玛莎「PK式」倒数演唱会!自爆公司禁爱令

李佩玲和玛莎再携手开唱,倒数演唱会以「PK式」呈现!而玛莎也在媒体追问下,自爆公司有下禁爱令。

Trending Tue, 2 Mar 2021
Featured Fri, 23 Sep 2022
Events Wed, 7 Aug 2019

张家辉看《使徒行者2》大哭!自嘲年纪大不考虑回TVB拍戏

张家辉自爆看《使徒行者2》大哭!被问会否回TVB拍戏?他坚决说不,还打趣的指 “都几十岁的人,怕拍拍下就那样走了!”

error: Content is protected !!