Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 5, 2022 @ 8:52pm

[VIDEO] “Siapa Ira Kaza To You?” – Masih Sayang Puteri Sarah, Soalan Cepumas Pak Nil Buat Syamsul Yusof Terdiam

Hubungan ‘percintaan’ antara pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan anak kepada pelakon veteran, Kaza Saisi mencetuskan persoalan ramai pihak mengenai kebenaran sama ada mereka benar bercinta selama empat tahun.

Menerusi satu temubual program hiburan bersama pengacara hebat, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil menampilkan tetamu jemputan Syamsul telah tular di media sosial serta meraih pelbagai reaksi netizen.

Video tersebut memaparkan Pak Nil membuat Syamsul seolah-olah tergamam dan terdiam seribu bahasa apabila dituju soalan cepumas kepada pengarah filem Mat Kilau itu mengenai hubungannya yang sebenar bersama Ira Kaza.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan
”

“Siapa Ira Kaza tu pada Syamsul?” soal Pak Nil.

   

Syamsul yang tampak terkejut dengan soalan tersebut hanya mampu tersenyum sinis dan mendiamkan diri buat beberapa waktu, lalu memberi respon ‘mengunci mulut’ terhadap pertanyaan itu.

Dalam wawancara yang sama, Pak Nil turut menyoalkan sama ada Syamsul masih menyayangi isteri serta keluarganya, tanpa ragu pengarah filem Munafik itu terus mengiyakan.

“Of course, no doubt. Mesti..” jawabnya.

Menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang merasakan bahawa ada ‘sesuatu’ perkara istimewa yang terjalin antara Syamsul dan Ira Kaza.

Ini kerana Syamsul kelihataan kelu lidah untuk menjawab pertanyaan panas yang ditujukan kepadanya dalam temubual ekslusif tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan yang terbaik kepada Puteri Sarah dan anak-anaknya untuk terus tabah dan kuat menghadapi ujian yang menimpa mahligai cinta mereka.

Pada Khamis lalu, Puteri Sarah memfailkan dua saman terhadap Ira Kaza di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, susulan itu Ira tidak dibenarkan menganggunya dalam sebarang bentuk di media sosial.

Terdahulu, masjid yang dibina pasangan selebriti ini seakan berada di ambang ‘perpisahan’ apabila Puteri Sarah mendakwa rumah tangga mereka diganggu oleh pihak ketiga, difahamkan mereka juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Artikel Berkaitan: Mahkamah Perintahkan Ira Kaza Tidak Ganggu Puteri Sarah, Perlu Masuk Pembelaan Dalam Masa Sebulan

Artikel Berkaitan: “Aku Bukan Tak Nak Saman Tapi
” – Isteri Nazrief Nazri Dedah Punca Puteri Sarah Tidak Saman Ira Kaza Lebih Awal

Artikel Berkaitan: “Kepada Sesiapa Yang Sondol Selepas Ini Perlu Lebih Berhati-Hati” – Enggan Terus Dipijak, Puteri Sarah Saman Ira Kaza

Artikel Berkaitan: “Selama Ini Saya Menangis Dekat Awak..” – Neelofa Tempat Luahan Hati Puteri Sarah, Banyak Kongsi Doa & Nasihat 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Ryan Bakery, Dafi & Farel Prayoga Bersatu Dalam Lagu Raya Ceria ‘Raya Yay Yay’

Dicipta sepenuhnya oleh Iqie Hugh, Omar K dan John Jeeves, Raya Yay Yay menampilkan gabungan Menjelang kedatangan Syawal tidak lama lagi, Ryan Bakery, Dafi dan Farel Prayoga.

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Tiada Istilah ‘Sailang’ Johan & Fizi, Anggap Ia Satu Persaingan Sihat…” – Nazri Noran

Kemunculan dua penyampai radio terkenal dalam radio Hot FM berlaku atas persetujuan kedua-dua belah pihak

Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Cubaan Tukar Jantina, Sajjad Diminta Tampil Buat Permohonan Maaf

Dalam masa 48 jam, Sajjad diminta tampil membuat permohonan maaf…

Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Trending Mon, 28 May 2018

Cayalah! ‘Spiderman’ Benar Wujud Di Kota Paris

Sementara itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam kenyataan di Twitter telah menghubungi dan memberi penghargaan kepada Mamoudou Gassama.

Trending Fri, 12 Feb 2021

2 Jam Dilancarkan, Album Terbaru Dayang Nurfaizah Daki Tangga Pertama di iTunes

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang meletakkan album klasik terbarunya, Belagu di tangga nombor satu carta iTunes Apple Store, hanya dalam tempoh dua jam. Album studio terbabit yang menghimpunkan khazanah […]

Featured Fri, 21 Feb 2020
Trending Wed, 7 Apr 2021

Tak Ada Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Keguguran

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran. Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, dia menerima pekhabaran terbabit ketika membuat pemeriksaan kehamilan semalam. “Sebenarnya saya baru tahu […]

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Meriahkan Jelajah Nur 2 Dan Temui Barisan Pelakon Di ISetan KLCC Esok!

Nak jumpa Ustaz Hamadi dan Aisyah dalam Nur 2? Jom kunjungi Isetan KLCC esok!

error: Content is protected !!