Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 1, 2022 @ 1:36pm

“Selama Ini Saya Menangis Dekat Awak..” – Neelofa Tempat Luahan Hati Puteri Sarah, Banyak Kongsi Doa & Nasihat 

Usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa tampil memberi respons terhadap kemelut rumah tangga yang melanda pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.

Dalam diam, rupa-rupanya Neelofa adalah antara selebriti terawal yang sudah lama mengetahui kewujudan ‘penyondol’ dalam rumah tangga pasangan selebriti tersebut.

Menyedari rakan baiknya itu menelan ‘perit’ selama empat tahun, Neelofa mengakui dia tidak sanggup sekiranya berhadapan dengan masalah sedemikian namun kagum dengan Puteri Sarah yang tabah mengharunginya.

“Kita banyak borak tentang hal ini. Sampai satu masa, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli terhadap awak (Puteri Sarah).

“Masa itu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam, apatah lagi awak yang kena lalui. Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat,” katanya.

Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu berkongsi rasa demikian menerusi ruang komen di perkongsian terbaharu Puteri Sarah di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Neelofa turut kagum dengan keperibadian wanita itu dan menyifatkan Puteri Sarah seorang yang mempunyai tahap kesabaran tinggi serta cekal kerana masih menjaga aib suaminya meskipun perit menanggung derita.

“Satu perkara yang saya amat-amat terkesan, despite apa jadi awak sangatlah nak jaga rumah tangga awak, awak jaga aib suami dan banyak mengalah.

“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan,” ujarnya.

Membalas komen tersebut, Puteri Sarah mengakui Neelofa banyak membantunya dalam berkongsi doa-dia yang baik, serta berterima kasih kepadanya kerana sudi menjadi tempat luahan perasaan.

“Terima kasih love. Selama ini saya menangis dekat awak. Akhirnya.. terima kasih ajarkan saya segala doa-doa,” balas Puteri Sarah.

Terdahulu, Sarah melalui peguamnya memfailkan saman terhadap Ira Kaza di mahkamah sivil ada 26 Jun lalu dan wanita tersebut sudah menerima surat arahan supaya menghentikan sebarang bentuk gangguan terhadapnya pada 28 Jun.

Artikel Berkaitan: “Kepada Sesiapa Yang Sondol Selepas Ini Perlu Lebih Berhati-Hati” – Enggan Terus Dipijak, Puteri Sarah Saman Ira Kaza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022

Comelnya Gelagat Tyra Kamaruzzaman Menjerit Teruja Dapat Mainan Bubble Bazooka Sempena Birthday!

Pempengaruh jelita, Tyra Kamaruzzaman berkongsi keterujaan menerima hadiah mainan sempena hari ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Tyra sedang membuka setiap hadiah yang diterima dan menjerit teruja ketika menerima mainan Bubble Bazooka. Bukan […]

Hiburan Sun, 7 May 2023

Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds Bakal Tampilkan Anuar Zain

Wah siap ada Anuar Zain buat persembahan lah

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Soal Jaga Batas Ini Kalau Boleh…” – Tajul Elak Babak Bersentuhan Dengan Wanita

Penyanyi Tajul Ariff yang kini semakin aktif dalam dunia lakonan mengakui dia seboleh-bolehnya mahu mengelak untuk melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isteri, Nurul Shamieza Eddie. Menurut Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md […]

Featured Thu, 16 Jan 2025
Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Trending Mon, 23 Jun 2025

Haliza Maysuri Menang Saman! Bekas Pengedar Diperintah Bayar RM70,000 Kepada Bawal Exclusive Atas Dakwaan Fitnah

Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintahkan seorang bekas pengedar Bawal Exclusive membayar ganti rugi sebanyak RM70,000.

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Gandingan Mantap Neelofa Dan Tommy Hilfiger

Orang cantik pakai apa pun lawa…

error: Content is protected !!