Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2021 @ 4:58pm

Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Mulai 3 Oktober Dengan Syarat…

Sesi persekolahan untuk tahun ini akan dilanjutkan sehingga Mac 2022 namun, pembukaan sekolah adalah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober ini.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, pembukaan sekolah adalah mengikut sistem penggiliran.

Sistem  penggiliran

Berikut merupakan sistem penggiliran yang telah dibentangkan oleh Dr Radzi Jidin menerusi ucapannya pada Sidang Media Pengoperasian Sekolah hari ini.

  • Murid dibahagi kepada 2 kumpulan
  • Kapasiti kelas dihadkan kepada 50%
  • Ia bertujuan memastikan keselamatan murid-murid dengan kapasiti yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan

Terdapat beberapa pengecualian bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan fasa-fasa berikut:

  • Murid bekerperluan khas
  • Murid Tingkatan 6 / Peperiksaan
  • Murid sekolah asrama sepenuhnya
  • Murid kelas peperiksaan
  • Murid sekolah tadika 4-6 tahun
  • Sekolah kurang murid

SOP Persekolahan 2021

Berikut merupakan Prosedur oprerasi standard (SOP) terkini sesi persekolahan 2021

  • Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan (pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan)
  • Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru, namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.
  • Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.
  • Saliva test kit akan disediakan bagi murid yang menunjukkan gejala dan diasingkan daripada kelompok murid lain.
  • Murid akan diuji dengan kit kendiri bagi murid-murid di asrama.
  • Murid juga dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.
  • Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak akan dianggap sebagai kesalahan disiplin sehingga hujung tahun ini dengan syarat ibu bapa perlu menghantar surat kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.
  • Jika berlaku kes positif COVID19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap tindakan selanjutnya.

Untuk maklumat lanjut berhubung pembukaan semula sesi persekolahan boleh lah tonton video di bawah:

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Jan 2026
Trending Tue, 17 Nov 2020
Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Hiburan Wed, 29 May 2024

“Harap Anak Ketiga Tak Lahir Bulan 5 Kalau Tak…” – Anzalna Nasir

Amboi! Kalau rezeki tak kemana.. anak Anzalna semua comel kan

Acara Wed, 7 Aug 2019
Trending Tue, 11 Sep 2018

搭飞机千万别睡觉!CNN调查:每50人就有1人遇见真爱

大部分人一坐上飞机,不是看电影就是蒙头大睡,最好一路睡到目的地,但你知道吗,这一睡可能让你因此错失交朋友、找到新客户,甚至更惨的,错过遇见真爱的机会!

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Kenapa Mia Ahmad Teruja Bergelar Ibu?

Tahniah kepada pelakon, Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi kerana bakal bergelar ibu dan bapa!

error: Content is protected !!