Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 16, 2021 @ 4:39pm

“Isteri Dah Bersalin, Saya Masih Pregnant” – Fazley Yaakob Dedah Hilang 30 KG, Badan Slim Tapi Lembik & Gemuk Air

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan beratnya turun sebanyak 30 kilogram (kg) tetapi badannya masih lembik dan ‘gemuk air’.

Berkongsi perubahan bentuk badannya sebagai motivasi di laman Instagram, semuanya bermula ketika Fazley menemani isterinya hamil anak bongsu mereka pada 2017.

“Saya pun sama! Semua orang nak kurus, tapi tak semua orang berjaya kurus dengan jayanya. Apatah lagi nak kekal kurus atau nak ada badan yang nampak kemas bila dah kurus.

“Saya sendiri dah lalui, naik badan mendadak sebab teman isteri mengandung. Dia makan, saya teman makan. Dia tak habis makan, saya habiskan, dia order makan tapi tukar fikiran, tetap saya tukang habiskan. Masalahnya bila dia bersalin, saya masih ‘pregnant’!

“Jadi, saya sendiri tekad untuk kurus. Saya usaha kuruskan badan, tanpa senaman. Jaga makan sahaja, memang turun 30 kg tapi cuba tengok gambar yang tengah tu. Badan slim, tapi lembik dan gemuk air.

“Tak lama lepas tu saya tekad untuk teruskan jaga makan sambil incorporate cardio dan weight lifting. Walau pun tak selaju orang lain, saya tetap berusaha untuk kekal bersiplin,” tulis Fazley.

Tambah Fazley, faktor usia dan kerjayanya sebagai cef selebriti juga menyukarkan proses untuk mendapatkan bentuk badan ideal.

“Dua perkara jadi gangguan; faktor usia (saya nak masuk 44 tahun) dan faktor sebagai cef, hari-hari tetap kena rasa makanan yang saya masak dan bake. So progress tak selaju yang saya harapkan. Namun progress tetap progress. Caranya? Jangan aim sangat untuk lose weight semata-mata, badan kena sihat, otot kena ada, jangan jadi lembik macam agar-agar sirap.

“Taklah, ini bukan post untuk jual produk, tapi untuk beri keyakinan. Saya pun macam anda semua, manusia biasa, bukan abang sado, bukan juga seorang manusia yang boleh makan sihat 24 jam. Ada masa cheat day berhari-hari, ada masa malas nak workout atau jogging. Namun, saya tetap setkan target, untuk kekal sihat demi anak-anak, isteri dan keluarga. Kalau saya boleh, anda pun mesti boleh kan?” tulisnya lagi.

Dalam pekembangan lain, Fazley menjalin kolaborasi dengan jenama Krispy Kreme dalam menghasilkan tiga jenis donat dalam resipi tersendiri.

“Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, saya ingin memperkenalkan donat resipi saya kini boleh didapatkan di Krispy Kreme!

“Donat dalam citarasa Malaysia ini mendapat sentuhan istimewa saya dan terdapat dalam tiga resipi iaitu Puding Raja Doughnut, Bandung Rose Doughnut dan Kek Batik Doughnut.

“Istimewanya kolaborasi ini adalah semua menu adalah terinspirari dari makanan-makanan kegemaran orang Malaysia!” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Sep 2024

Patimah Ismail Doakan Puteri Sarah Temui Kebahagiaan – “Mama Mahu Sarah Gembira”

MasyaAllah ibu mentua dari syurga. Tak pernah tak support dan mendoakan yang baik-baik buat Sarah❤️❤️❤️

Featured Sun, 16 Feb 2025
Hiburan Wed, 3 Jan 2018

Masih Setia Bersama Dengan Afifah Nasir

 Walaupun dilanda kontroversi isu karaoke bersama Aliff Aziz  Ogos lalu tidak mematahkan hubungan mereka berdua

Trending Thu, 19 Nov 2020
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Fri, 21 Oct 2022

Yazmin Aziz Kongsi Tips Berjaya Turun Berat Badan 8 Kilogram Tak Sampai Sebulan!

Fuhh tak sampai sebulan dah macam ni rupanya? Power lah besprennn

Hiburan Wed, 13 Nov 2024
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Ini 4 Perkara Unik Tentang Drama The Promise!

The Promise drama Cina terbaik khas buat penonton setia 8TV!

error: Content is protected !!