Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 25, 2021 @ 12:02pm

Selepas Zul Ariffin & Remy Ishak, Zizan Razak Pula Tarik Diri ABPBH34

Selepas pelakon Zul Ariffin dan Remy Ishak menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34), kini pengacara dan pelawak Zizan Razak membuat keputusan yang sama.

Zizan menyampaikan khabar ini menerusi kemas kini terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya malam tadi.

“Assalamualaikum, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) antara majlis anugerah yang banyak memberi pengkitirafan kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia. Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan dengan para peminat.

“Di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Semua mencatat momen manis! Begitupun, seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan #ABPBH34,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beri Peluang Kepada Yang Lebih Layak”- Kurang Berlakon Punca Remy Ishak Tarik Diri ABPBH 34

ARTIKEL BERKAITAN: Tarik Diri Dari ABPBH 34, Zul Ariffin Akui Tiada Kaitan Dengan Hijrah

Tambah Zizan, dia percaya platform ABPBH 34 ini harus meraikan bakat-bakat baharu yang bertanding.

“Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak penganjur.

“Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan. Dan terutama peminat yang mengundi sepanjang penganjurannya. Zizan akan terus menyokong ABPBH dari luar gelanggang. All the best kepada semua calon!” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Zizan pernah meraih beberapa trofi ABPBH iaitu Pelawak Lelaki Paling Popular pada tahun 2010, Pengacara TV Lelaki Popular (2011), Gandingan Di Layar Serasi Popular dan Artis Berpengaruh di Media Sosial Popular (2013).

Pada ABPBH 34, Zizan tercalon dalam kategori Artis Versatil Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Aug 2019
Featured Mon, 7 Aug 2023
Hiburan Wed, 10 Dec 2025
Hiburan Sun, 1 Dec 2019

首次来马开唱!莫文蔚「绝色」演出

曾多次举办巡回演唱会,莫文蔚对于首次正式将演唱会移师大马感到非常兴奋,直呼这个第一次来得有点太晚!

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

11 Tahun Bersendiri, Anak Tak Izin Azharina Cari Boyfriend?

Pernah satu ketika dia datang kepada saya dan tanya ‘Mummy ambil Rahmat dekat mana?

error: Content is protected !!