Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 2, 2021 @ 11:04am

Khusus Buat Lelaki & Wanita, VANZO Perkenal Rangkaian Wangian Kereta Baharu

Setiap pemilik kereta pasti bersetuju bahawa pewangi kereta antara aksesori kereta yang penting.

Antara sebab ia menjadi keutamaan untuk mengelakkan bau tidak menyenangkan terutama pemilik yang gemar menyimpan kasut serta makan di dalam kereta.

Tetapi tahukah anda bahawa pewangi sintetik akan membahayakan badan kita?

VANZO jenama pewangi steril kesihatan merupakan pewangi yang dapat menyelesaikan masalah berbau dalam kereta dengan teknologi eksklusif.

Kewujudan pewangi VANZO memberi pilihan yang lebih sihat dan selamat kepada pengguna kerana ia menggunakan bahan mentah yang berasaskan dari kilang Jepun yang mempunyai pengalaman sebanyak 125 tahun, iaitu OGAWA dan TAIYO.

Cara pewangi VANZO menghapuskan bau yang tidak menyenangkan adalah mengguna pakai teknologi canggih Odour Emulsion Filtering Technology (OEF) dari Jepun. Teknologi OEF dapat menghapuskan bau hapak dahulu dan mengeluarkan wangian kemudian.

Pengguna tidak perlu risau kerana pewangi VANZO selamat untuk digunakan kerana bau dari yang tidak membahayakan kesihatan.

Ini kerana, produk VANZO telah mendapat pengiktirafan Sijil Antarabangsa SGS dan mendapat pengesahan bebas dari bahan kimia bahaya.

Produk wangian dengan bahan kimia bahaya seperti formaldehyde, toluene dan benzene boleh memberi kesan sampingan seperti pening, loya atau pedih apabila menghidu.

Dengan ciri-ciri ini, pewangi VANZO berjaya menjadi Pewangi Kereta Kesihatan Era Baru dan selamat untuk diguna.

Kini, VANZO memperkenalkan siri pewangi kereta terbaharu dengan penampilan mewah iaitu siri gentleman khusus buat lelaki dan goddess untuk wanita.

Lebih menarik, pewangi ini diperbuat daripada kulit PU buatan tangan sebagai penutup dan kaca pada bahagian botol.

Bau wangian siri gentleman atau Black Code memiliki bau campuran sitrus dan kayu yang segar seumpama daya tarikan lelaki kacak.

Manakala bau wangian siri goddess atau White Musk & Rose memiliki bau gabungan kasturi dan bunga ros yang lembut dan segar.

Wangian siri baru juga dimodulasi sebanyak 132 kali sehingga jadi wangian istimewa dan setiap botol mempunyai isipadu 70ml yang dapat tahan sehingga 60 hari penggunaan.

Duo Series

Selain pewangi kereta, VANZO juga mempunyai siri yang sesuai untuk kereta dan rumah yang hadir dalam dua jenis wangian iaitu Classic Blossom dan English Pear & Freesia.

Wangian ini bukan hanya boleh digunakan di dalam kereta, rumah malah di semua ruangan dan pengguna boleh melaraskan tahap wangian mengikut cita rasa sendiri seperti bauan lembut atau kuat.

Menariknya, VANZO Duo Series hadir dengan batang kapas selain menjimatkan, kerana pengguna boleh mengisi semula dengan pek isian semula sekiranya wangian habis digunakan.

Jumlah batang kapas digunakan akan menentukan kekuatan bau bagi setiap wangian, bau lembut antara satu hingga dua batang dan lima ke enam batang bagi bau yang kuat.

Bagi anda yang berminat untuk membeli, produk wangian VANZO ada dijual di kedai-kedai rasmi pada harga RM39 sebotol dan anda boleh layari laman sosial media rasmi VANZO di Facebook dan Instagram.

Kedai-kedai rasmi termasuk Aeon, Aeon Wellness, Village Grocer, Big Hypermarket, Shell Petrol, Sunshine Supermarket, Redtick Supermarket dan Alpro Pharmacy West Malaysia.

East Malaysia pula termasuk H&L supermarket, E mart supermarket, Farley supermarket, Sin Nam Fatt Trading, Nam Leong supermarket dan Boulevard Hypermarket.

Atau untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi VANZO All Series, Siri Gentleman & Goddess, dan Duo Series.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Aug 2021

Dakwaan Gangguan Seksual: “Ini Satu Fitnah Yang Sangat Kejam & Melampau” – Ebit Lew

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew (UEL) selesai memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual di Bukit Aman sebentar tadi. UEL dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul […]

Hiburan Mon, 22 Aug 2022
Featured Sat, 11 Feb 2023

AJL 37: Bakal Bawa Lagu Mainan Dalam Konsep Paling ‘Gila’, Naim Daniel Tak Akan Menyanyi Di Pentas?

Aikk? Tak nyanyi atas pentas? Kerja gila apa yang Naim nak buat niii 😱😱😱 Nervousnya AJL 37!

Featured Tue, 14 Mar 2023

Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Alhamdulillah, sedap nama baby Syura 🥰🥰 Tahniah!

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Tue, 13 Aug 2024

“Ustaz Tak Bersalah, Dia Hanya Ikut Arahan Untuk Lepaskan Saya” – Nora Ariffin

Alamak, suami Nora Ariffin terima arahan daripada siapa tu?

Trending Tue, 19 Feb 2019

Movie Animation Park Studios Masuk Percuma Mulai 1 Mac

Sekarang tak perlu risau , nak main baru bayar masuk pun percuma tak macam dulu

error: Content is protected !!