Hiburan By: Padin September 29, 2021 @ 6:25am

Usahawan Sate Daging Batang Pinang Juara Pusingan Pertama ‘Usahawan Buletin FM’

Pusingan pertama Usahawan Buletin FM menyaksikan Nur Sabrina Anuar dari Sentul, Kuala Lumpur dengan idea perniagaan Sataysfaction; gerai sate daging batang pinang telah diangkat sebagai juara yang membawa pulang RM25,000 dan slot iklan di Buletin FM bernilai RM175,000.

Berlangsung pada Jumaat lalu, Sabrina telah melalui beberapa cabaran sepanjang menyertai Usahawan Buletin FM dan mendapat markah keseluruhan sebanyak 315.5 markah yang dinilai oleh juri harian yang juga merupakan juri tetap, Encik Wan Arjunawan Wan Halim, Perunding Perniagaan serta Francais & Ketua Pegawai Eksekutif Entrepreneur Culture Incorporated.

Seramai empat orang peserta telah terpilih untuk melalui empat cabaran berbeza antaranya mereka perlu menjual produk di hadapan juri tetap melalui platform digital.

Selain itu, mereka juga perlu menghadapi cabaran bagaimana untuk menguruskan pelanggan dimana setiap peserta diberikan situasi bersama pelanggan.

Cabaran yang ketiga adalah peserta perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam perniagaan mereka dan yang terakhir adalah mereka perlu menghasilkan iklan radio mereka sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by buletinfm (@buletinfm)

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Sabrina kerana telah berjaya menjadi juara Usahawan Buletin FM bagi pusingan pertama. Beliau telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan berjaya menarik perhatian juri profesional dan seterusnya bergelar juara.

“Kami di Media Prima Audio mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen sebegini adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang ingin memulakan bisnes baharu atau mengembangkan bisnes lama atau sederhana mereka melalui pembiayaan dana perniagaan.

“Menerusi kempen ini juga, diharap dapat membantu mereka yang terkesan disebabkan penularan Covid-19 serta mampu menangani masalah berkaitan perniagaan mereka. Orang ramai masih boleh menghantar penyertaan idea bisnes mereka dan berpeluang menjadi seperti Sabrina,” kata Nazri Noran selaku Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio.

Orang ramai masih lagi boleh menghantar idea bisnes mereka menerusi website www.buletinfm.audio dan cari pautan Usahawan Buletin FM. Untuk pusingan kedua ini penyertaan boleh dihantar sebelum 11.59 malam, 3 Oktober 2021.

Setiap pagi, Ally Iskandar dan Hawa Rizwana akan menghubungi pendengar yang telah menghantarkan idea perniagaan mereka menerusi segmen Fokus Pagi Bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana (6 pagi – 10 pagi). Mereka bersama-sama juri profesional akan menilai idea-idea perniagaan yang telah dihantarkan.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 93.6FM Kuala Terengganu; 88.6FM Kota Bharu; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Mar 2023
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Haqiem Rusli Kini Lebih Happy

Tak mahu ingat hal lepas, Haqiem bangkit dengan semangat baharu!

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
#tilljannah Wed, 16 Nov 2022

Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

Dai Syed & Hana Ismail bertunang

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

TAHNIAH! NOOR NABILA BAKAL JADI IBU

Sudah hampir setahun  mendirikan rumah tangga, pasangan ini lantas tidak terlepas dengan soalan cepumas tentang cahaya mata

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Rai Ulang Tahun Ke 10, Ekin Dedah Rahsia Sebelum Jadi Isteri Mawi

Ekin turut mendedahkan dia pernah difitnah sehingga dilabel kaki kikis. Ish, siapa yang tergamak fitnah macam tu?

Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] Nabila Huda Usik Keisha Pertama Kali Sertai Sekolah Kerajaan, Ramai Titip Kata Semangat! – “Baru Awak Tahu, Seronokkan Berapa Tahun Private”

Big girl dah Keisha 😢 All the best si cantikk! ❤️ Sekejap je tu lama lama dapat sesuaikan diri ok! 💪🏻

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

After 25 years, Mariah Carey’s Holiday Hit Is Finally Number One!

Yeay for my all time favourite Christmas song, hands down!