Trending By: Padin October 1, 2021 @ 7:17pm

Halaqah Musim Baharu Kini Lebih Padat & Menarik

Lihat, dengar dan hayati. Itulah kekuatan program Halaqah yang sering mendapat maklum balas positif daripada penonton setiap kali bersiaran!

Kini, program bual bicara terbaik Anugerah Skrin 2016 dan 2018 kembali dengan kupasan topik yang lebih menarik di samping para ilmuwan jemputan pada setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam bermula 3 Oktober ini.

Kupasan topik kali ini lebih menarik menyentuh isu-isu semasa yang kini melanda kehidupan kita di Malaysia dan juga turut melibatkan seluruh dunia. Dunia diuji pada tahun 2019 dengan pandemik COVID-19 yang bermula di Wuhan.

Sejak tercetusnya pandemik ini, ratusan nyawa telah terkorban sehingga kini jumlahnya telah mencecah jutaan dan tidak tidak terkecuali kepada 1.6 billion umat Islam serata dunia. Bukan setakat kehilangan orang tersayang, malahan turut melumpuhkan ekonomi global.

Bertemakan “Perang Melawan Pandemik, Belajar Dari Palestin”, Halaqah akan dikemudi oleh Haji Ahmad Noor Sulaiman sebagai Siarawan, Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin sebagai Bintang Ilmuwan, Ustaz Mohamad Zarifi Daud sebagai Pakar Analisis dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali sebagai Indikator program.

Menarik untuk tahun ini, Halaqah turut mengundang penggiat seni tanah air di samping para ilmuwan negara yang terdiri daripada pakar-pakar pelbagai bidang dan juga penggiat seni. Antara tetamu istimewa yang menghiasi Halaqah kali ini ialah Profesor Dr. Fariza Md. Sham, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Profesor Ir. Ts. Dr. Abd Rahim Abu Talib, Ustazah Noradilah Mohd Sapie, Ustaz Mohd Erfino Johari, Fedtri Yahya, Lah Ahmad, Datuk Rosyam Nor & Saharul Ridzwan.

Musim baharu Halaqah kali ini membawa 13 episod dengan topik-topik terbaik berkait dengan impak daripada dua peristiwa ini untuk dipelajari dan difahami oleh penonton. Menerusi episod pertama, Halaqah akan membawa topik “Vaksin Untuk Hidup” yang akan dikupaskan oleh pakar ilmuwan Dato’ Dr Danial Zainal Abidin bersama panel analisis Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan juga indikator Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.

Ia mengupas tentang mereka yang masih lagi mempercayai teori konspirasi yang hanya berdasarkan kepada media sosial yang tidak sahih dan bukan daripada mereka yang pakar. Episod kedua lebih unik dengan topik “Rumah Kosong” bersama jemputan istimewa Lah Ahmad. Topik ini menceritakan tentang kesan besar terhadap rumah ibadat yang menjadi kosong akibat Covid-19 dan membuatkan kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP, PKPB, PKPD dan PKPP).

Teruskan bersama Halaqah untuk mendengar topik-topik istimewa pada setiap Ahad, pukul 10.30 malam bermula 3 Oktober 2021 yang diterajui oleh Haji Ahmad Noor Sulaiman selaku penerbit dan dibantu oleh penolong penerbit Amani Ahmad @ Ayub & Nor Nazdirah Mohd Nasir. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 6 Jan 2018

Kanak-Kanak 9 Tahun Ditemui Mati DiPatuk Ular Tedung

Prapawee Prawat ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh neneknya, Lung Chu

Trending Wed, 20 Oct 2021

“Kepada Yang Mudah Terhibur Dengan Cerita ‘Sampah’ 2 Manusia Tu…” – Izwan Azir Saleh Minta Media Hentikan ‘Drama’ DSV & Iqbal

Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh memohon agar media tertentu berhenti memberikan liputan terhadap kisah yang berlaku antara usawahan selebriti, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Izwan yang mengendalikan segmen […]

Featured Fri, 23 Sep 2022

[VIDEO] Didakwa Abai Nafkah Anak-Anak Lebih 10 Tahun! Bekas Isteri Minta Cliff Umar Tunaikan Janji – “Saya Dah Penat”

Alahai kesiannya dekat anak-anak lebih 10 tahun terabai 😥 Semoga ada jalan penyelesaian!

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Sempena Ramadan, Fattah Amin Lancarkan Lagu Zikir Eksklusif

Sejuk hati dengar lagu zikir Fattah Amin

Featured Thu, 1 Sep 2022

“Saya Tak Mahu Layan Perkara Ini” – Shahir Jelas Dakwaan Isu Hutang

Semoga permasalahan ini boleh diselesaikan dengan baik.

Featured Wed, 20 Apr 2022