Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 2, 2021 @ 1:04pm

“Tahniah Team! Sudah Tapau Ayam Penyet, Malam Ni Kasi Tapau Bento” Lee Chong Wei Label Pasukan Muda Negara Bagai Dirasuk Harimau Malaya

Pastinya kemenangan pasukan negara dalam kejohanan Piala Sudirman yang berlangsung di Vantaaa, Finland pada Jumaat begitu mengujakan.

Mana taknya, kejayaan pasukan muda negara melakar kejutan terbesar apabila mara ke separuh akhir Piala Sudirman 2021 dengan membenam musuh tradisi, Indonesia 3-2 pada saingan suku akhir.

 

Rasa bangga, terharu dan teruja dengan kejayaan pasukan muda negara ini diakui sendiri oleh bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerusi hantaran di laman Instagram pagi tadi.

“Kali pertama Malaysia menewaskan Indonesia atas pentas Sudirman Cup.

“Tahniah seharusnya diucapkan kepada barisan pemain yang tidak mengecewakan walaupun ranking setiap pihak lawan lebih tinggi. Berdebar and terbasah ketiak Chong Wei menonton.

” Bagai dirasuk harimau Malaya , dua pemain muda Malaysia ini menghadiahkan kemenangan ajaib untuk negara tersayang,”katanya.

Selain itu,  kemenangan ini merupakan kejayaan pertama Malaysia menundukkan Indonesia dalam Piala Sudirman selepas tiga pertemuan, sejak pertembungan pertama dalam peringkat kumpulan pada edisi 1999 di Copenhagen, Denmark.

Malah, Chong Wei dilihat sempat meninggalkan ucapan ‘nakal’ menerusi kapsyen nya.

“Tahniah team! Rehatlah! Sudah tapau ayam penyet, malam ini kita kasi tapau Bento!” Tulisnya.

Menerusi pemerhatian Xtra di laman Twitter, rata-rata peminat badminton tanah air turut berkongsi rasa bangga dan gembira mereka di atas kemenangan pasukan negara sehingga menjadi sohor kini sejak semalam.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Jun 2024

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama 2 Ahli Keluarga Tampil Beri Keterangan Di IPD

Semoga cepat selesai misteri pembunuhan adik Zayn Rayyan

Figura Wed, 17 Jan 2024

Agong & Raja Permaisuri Agong Berkenan Baca Berita Di Buletin Utama Malam Ini

Jangan lupa saksikan malam ni di Buletin Utama TV3!

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Hiburan Sun, 17 Mar 2019

10,000 Penonton Penuhi Axiata Arena Bukti Siti Nurhaliza Belum Hilang ‘Bisa’

Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung malam tadi menyaksikan hampir 10,000 peminat membanjiri ruangan tempat duduk stadium Axiata Arena Bukit Jalil. Penyanyi nombor satu negara itu turut menyanyikan lebih 30 buah lagu […]

Hiburan Tue, 18 Feb 2020

[VIDEO] Jenazah Ashraf Sinclair Kini Dibawa Ke Rumah

Semoga seluruh keluarga tabah dan kuat

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Asalkan Sihat, Izreen Azminda Idam Anak Perempuan

Tahniah Izreen dan Ude…semoga hajat miliki zuriat perempuan dimakbulkan segera!

Featured Tue, 5 Sep 2023
Featured Mon, 23 Mar 2020
error: Content is protected !!