Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2021 @ 1:34pm

“Info Sahih Dari Jiran Kepada Pengantin Baru…” – Netizen Dakwa Erra Fazira Dah Kahwin, Jadi Isteri Kedua Ahli Politik

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira didakwa telah menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik apabila khabar mengenai perkara tersebut tular dilaman Twitter sejak Ahad.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @abam_kumis, dia mendakwa mendapat informasi yang sahih daripada jiran mereka.

“Serius lah, macam tak sesuai je…”

Bagaimanapun, rata-rata warganet terkejut dan tidak percaya sekiranya pelakon Gerak Khas Undercover itu telahpun mendirikan rumahtangga seperti yang diperkatakan.

Namun, tidak menolak kemungkinan sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.

“People loveeee to talk, so let them have fun taking…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

 

Menerusi hantaran terkini Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 47, di Instagram miliknya, beliau menganggap netizen di luar sana memang suka bercakap dan berkata apapun mengenai desas-desus terhadap dakwaan perkahwinannya itu.

“Apooooo.. tak habis2 cerita pasal kawin ni… Anyway, people love to talk, so let them have fun taking,” tulisnya.

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 dan berpisah pada 2006.

Selepas itu, Erra bernikah dengan Engku Emran pada 2007 dan bercerai tujuh tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak bernama Engku Aleesya, 12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Dec 2023

Stadium Shah Alam Akan Dirobohkan Untuk Pembangunan Semula

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberi kebenaran bagi projek pembangunan tersebut pada Jumaat lepas dan perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Featured Mon, 3 Oct 2022

Transisi Baru Emma Maembong Berambut Pendek Curi Perhatian!

Semua pun lawa… tapi kalau berhijab lagi lawa!🤞

Featured Wed, 15 Sep 2021

Kerajaan Mampu Laksanakan Tambahan Skim i-Citra RM 10,000, i-Survive RM 5,000 One Off Kepada B40 M40′

Umum maklum, kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra yang berjumlah RM 5,000 one off kepada rakyat. Namun, cadangan agar kerajaan dapat menambah baik skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM 5,000 kepada rakyat telah […]

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Trending Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Persis Bidadari, Fazura Makin Cantik Dalam Koleksi Busana Infinence

Dalam perkembangan lain, Fazura turut memberitahu beliau bakal masuk ke set penggambaran filem bersama produksi Indonesia.

error: Content is protected !!