Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 14, 2021 @ 7:30pm

Bapa Paling Kejam… Kerana Nafsu, Sanggup Rog*l Anak & Masukkan Botol Susu Dalam Alat S*lit Isteri!

Mungkin peribahasa harapkan pegar, pegar makan padi adalah paling sesuai digunakan buat seorang bapa durjana yang berusia 40 tahun ini apabila tergamak merogol anak kandungnya sendiri.

Selain itu, beliau juga dilaporkan menyeksa isterinya dengan memasukkan botol susu pada kemaluan wanita itu.

Memetik laporan Berita Harian, lelaki  yang merupakan seorang penganggur itu dipercayai merogol anak sulungnya yang berusia belasan tahun sejak Disember tahun lalu di kediaman mereka di Sungai Petani, Kedah.

Anak merupakan pelajar cemerlang

Difahamkan, anak sulung lelaki terbabit merupakan seorang pelajar cemerlang tetapi dijadikan hamba seks oleh bapa kandungnya sendiri tidak kira siang atau malam terutamanya ketika ibu mangsa keluar bekerja atau sedang tidur.

“Namun, remaja terbabit terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang nasib adik-adiknya yang lain memandangkan sikap bapanya yang panas baran. Kejadian rogol membabitkan remaja berkenaan berlaku jam 3 pagi hujung tahun lalu ketika mangsa sedang tidur.

“Sejak itu, mangsa mendakwa dirogol sebanyak enam kali dengan kejadian terakhir berlaku pada petang Jun lalu,” katanya.

Dera isteri dengan zalim

Selain itu, pihak polis turut memaklumkan tindakan kejam lelaki terbabit kerana memperlakukan isterinya yang berusia 30-an dengan zalim apabila kerap memasukkan objek ke dalam kemaluan wanita terbabit ketika melakukan hubungan seks.

” Suaminya kerap memasukkan botol serta objek yang tidak diketahui dalam kemaluannya ketika melakukan hubungan seks sejak tiga tahun lalu selepas kelahiran anak bongsu.

“Kali terakhir dia diperlakukan suami dengan kejam ketika mereka mengadakan hubungan kelamin awal bulan ini, dan wanita berkenaan sudah tidak tahan dengan sikap suaminya kerana perbuatan terbabit mengundang kesakitan pada dirinya, ” katanya.

Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataannya memaklumkan, wanita malang dan anaknya itu kini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mereka juga akan dirujuk kepada pusat kaunseling.

Manakala, suspek kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati suspek juga bebas daripada pengaruh dadah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 May 2025
Featured Mon, 22 Dec 2025

“Kalau Anda Dapatkan Nasihat Daripada Coach Cerai, Nasihatnya Pun Akan Menjurus Kepada Perceraian” – Raja Ilya

Kata Ilya, dia mengingatkan pasangan suami isteri agar lebih berhati-hati dalam mendapatkan nasihat berkaitan rumah tangga.

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

“Filem Pulang, Buat Bulu Roma Saya Meremang”- Remy Ishak

Ketika ditemui pada majlis pelancaran novel tersebut baru-baru ini, Remy memberitahu bahawa, perjalanan cerita dalam filem Pulang ada kena mengena dengan diri beliau sendiri

Featured Thu, 16 Apr 2020
Featured Tue, 24 Sep 2019

Malu dengan perut buncit? Hilangkannya dengan senaman ini

Lakukan dengan konsisten, pasti nampak perubahannya!

Featured Mon, 20 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Malhamka & Yuveena Gagal Ke Final, Ada Luahan Hati Di Sebalik Pintu? Jom Recap Separuh Akhir LCK3!

Minggu separuh akhir Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan Cinta OST berlangsung pada malam tadi. Episod ketujuh ini telah menyaksikan lima pasangan merebut tempat ke pentas akhir iaitu Malhamka & Yuveena, Hariz & Wanie, […]

error: Content is protected !!