Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 16, 2021 @ 3:47pm

“Pelakon Kurang Followers Pun Kami Okay, Asalkan…” – Penerbit Tak Kisah Jika Artis Tiada Akaun Media Sosial

Pengarah Urusan dan Penerbit syarikat produksi Dream At Work, Muhammad Razlan Ismail tidak mempunyai sebarang halangan untuk menjalin kerjasama dengan pelakon yang tidak mempunyai pengikut yang ramai ataupun artis yang tidak mempunyai akaun media sosial.

Menurut Razlan, laman sosial pelakon bukan menjadi ukuran kerana mereka mengutamakan kualiti lakonan serta naskhah yang ingin dihasilkan.

“Pihak kami lebih mengutamakan kualiti dan kepuasan dalam menghasilkan sesebuah karya. Idea untuk menerbitkan sesebuah karya itu datang daripada kami sendiri dan sudah pastinya kami dah bayangkan siapa yang bakal melakonkannya.

“Jika pelakon itu ada ramai pengikut, itu bonus. Jika sebaliknya, kami tiada halangan. Ada media sosial atau tidak, ada pengikut atau tidak, semuanya tidak menjadi masalah kerana kami melihat bakat sebagai satu keutamaan.

“Setiap karya yang kami terbitkan mengikuti proses ‘pitching’. Dalam masa yang sama, syarikat kami juga menerbitkan produk akhir dan ia merupakan sesuatu yang kami mahukan.

“Kini, kami ada satu ‘finish product’ iaitu telefilem berjudul Jersi 45. Pelakon utama dalam karya ini semuanya tidak dikenali, cuma ada beberapa pelakon yang sudah berpengalaman seperti Azhan Rani, Wan Sharmila dan Kazar. Kami memilih mereka kerana bakat yang ditonjolkan.

“Sekarang, kami dalam proses perbincangan dengan sebuah stesen televisyen dan ia mendapat respons positif. Insya-Allah, jika tiada aral, ia akan ditayangkan nanti,” katanya.

Tidak terlepas dengan cabaran sepanjang pandemik, Razlan melihat perkara ini dengan penuh optimis.

“Semua pun ada cabaran, kami juga mengharunginya. Alhamdulillah, kini semuanya boleh kembali beroperasi dan perlahan-lahan. Apa yang penting kita kena ikut semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Cabaran itu pasti ada, tetapi pandemik memberikan 1,001 hikmah. Pihak berwajib juga peka serta menghulurkan bantuan, jadi saya rasa tak jadi masalah.

“Insya-Allah selepas ini kami akan giat menghasilkan produk baharu dan menyertai proses ‘picthcing’ di stesen televisyen. Sekiranya tiada, kami merancang untuk menerbitkan ‘finish product’ dan daripada situ, kami akan mencuba untuk menjalin kerjasama dengan stesen televisyen,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Oct 2021

Netizen Berang Youtuber Berani ‘Prank’ Warga Emas Di Mall

Tular satu video yang dimuat naik oleh Youtuber, Mizan Majid di mana dia menerima kecaman daripada warganet susulan ‘content’ yang dianggap tidak sesuai dengan budaya Malaysia. Video berdurasi 9 minit itu kemudiannya dikongsi oleh seorang […]

Trending Mon, 25 Jan 2021

Shuk Sahar Sah Digantung Dari Hot FM

Siasatan masih dijalankan…

Trending Sun, 24 Dec 2023

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Genap 18 Hari, Tapi Pembunuh Masih Belum Ditangkap? Polis Minta Bantuan Interpol

Dah masuk hari ke-18, pembunuh masih bebas? Harap pelaku cepat ditangkap & dihukum seadil-adilnya!

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Trending Mon, 22 Feb 2021

Virus Covid-19 Dijangka Berakhir Pada 2022

Diharap Covid-19 dapat dipulihkan secepatnya

Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Thu, 1 Aug 2024
error: Content is protected !!