Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 22, 2021 @ 1:47am

Persiapan Kahwin Dah Selesai 50%, Zalif Sidek Bakal Nikah 26 Februari 2022

Pelakon Zalif Sidek, 36, berkongsi persiapan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Anis Marzuki, 24, sudah siap sebanyak 50 peratus.

Menurut Zalif yang bakal bernikah pada 26 Februari tahun hadapan, dia bersyukur segalanya dipermudahkan biarpun perancangan asal untuk meraikan hari bahagia ketika sambutan 1 Syawal lalu tertunda kerana lockdown.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Saya dan bakal isteri kini sedang sibuk melakukan persiapan majlis kahwin yang sudah siap sebanyak 50 peratus.

“Ikutkan perancangan pihak saya nak hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa dianjakkan kepada tarikh baru kerana ‘lockdown’, tak boleh nak rentas.

“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. Insya-Allah,” katanya.

Ketika ditanya mengapa dia memilih tarikh 26 Februari, pelakon yang kini turut terlibat bersama ‘team’ produksi penerbitan, Dream At Work Sdn Bhd ini tidak mempunyai alasan spesifik.

“Jujurnya, tiada apa-apa maksud istimewa di sebalik tarikh tersebut. Cumanya tarikh itu dirasakan waktu paling sesuai untuk kedua keluarga kami bertemu dan saling berkenalan.

“Selain itu, ada juga di antara keluarga saya yang belum berkesempatan untuk bertemu ketika bapa meninggal dunia Januari lalu. Inilah masa untuk kembali rapatkan silaturrahim.

“Persiapan pun sudah banyak diselesaikan. Bila sudah tempah dewan, tak perlu lagi nak fikirkan soal pelamin apa semua kerana semuanya sudah disediakan. Tinggal lagi nak cari baju kahwin dan cukupkan hantaran,” katanya.

Sementara itu, pelakon filem Bini-Biniku Gangster ini bersama pasangannya memilih untuk melangsungkan majlis secara sederhana.

“Awalnya memang ada rancang untuk anjur majlis dengan lebih meriah, tapi bila mengenangkan fasa pandemik ini, kami pilih untuk bersederhana sahaja. Kalau nak diikutkan pun, saya okay saja kalau perlu nikah dulu, majlis kemudian.

“Malah sebelum ini pun ada juga rakan artis yang bernikah secara atas talian atas sebab tertentu. Saya tak kisah cuma kami pun perlu hormati permintaan kedua belah keluarga. Tak boleh nak pentingkan diri-sendiri juga,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Dec 2025
Sponsored Tue, 15 Aug 2023

Kenapa HONOR 90 Patut Jadi Pilihan Para Content Creator? Ini Sebabnya.

Bila bercerita tentang TikTok, semua mesti tahulah. Sekarang TikTok dah berjaya muncul sebagai antara platform media sosial dengan jumlah pengguna aktif tertinggi di dunia. Oleh itu, ramai mula mencari telefon pintar dengan kualiti kamera hadapan […]

Featured Wed, 27 Dec 2023

Yusof Haslam Mohon Jodoh Terbaik Buat Puteri Sarah – “Moga Lelaki Itu Dapat Membahagiakan Dia & Anak-Anak”

MasyaAllah, baiknay Datuk dan Datin yang sentiasa doakan Puteri Sarah ❤️❤️❤️

Featured Mon, 8 Jun 2026

Individu Dedah Perangai ‘Miang’ Boyfriend, Hafreez Adam Respons Cara Elak Lelaki ‘Noty’ – “Minta Dia Berhenti Jadi B*doh”

Hafreez Adam tampil berkongsi pandangan peribadinya terhadap luahan seorang individu yang mendedahkan sikap kurang menyenangkan daripada teman lelakinya.

#ThrowbackXTRA Wed, 10 May 2023

#ThrowbackXTRA: Gambit Saifullah Pernah Lari Ke Thailand Ketika Beraya

Setiap kali musim perayaan, pasti akan ada momen paling menarik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika beraya bersama keluarga di kampung. Malah, ada juga yang sengaja mencari pasal atau agenda nakal untuk menjadikan raya […]

Trending Tue, 17 Nov 2020
error: Content is protected !!