Euforia Bola 2026
#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain May 10, 2023 @ 3:00am

#ThrowbackXTRA: Gambit Saifullah Pernah Lari Ke Thailand Ketika Beraya

Setiap kali musim perayaan, pasti akan ada momen paling menarik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika beraya bersama keluarga di kampung.

Malah, ada juga yang sengaja mencari pasal atau agenda nakal untuk menjadikan raya tersebut lebih menarik sebagai ingatan bersama ahli keluarga.

Dalam segmen #ThrowbackXTRA kali ini, pelakon Gambit Saifullah tampil mendedahkan momen nakal yang pernah dibuatnya bersama keluarga ketika beraya.

Menurut Gambit, dia pernah lari ke Thailand bersama sepupunya ketika beraya memandangkan jarak negara itu dengan negeri Kelantan tidak jauh dan mudah untuk dikunjungi.

“Ada satu masa tu kami satu keluarga, kiranya saya dan semua sepupu saya lari pergi ke Thailand. Masa tu kami dekat Kelantan, jadi kami ke sana dengan menaiki sampan je tanpa menggunakan passport.

“Boleh ada passport kalau nak berjalan dekat situ tapi selalunya yang pernah pergi nak cross border tu dalam 20 meter je. Tapi masa tu kita muda lagi sekitar usia 14 tahun. So, jahat tu dimaafkanlah gitu,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Atikah Suhaime Terkedu Mulan Tiba-Tiba ‘Ditampar’ Kanak-Kanak Lain – “Ini Bukan Kali Pertama”

Atikah meminta pandangan daripada ibu bapa di luar sana bagaimana cara untuk dia menangani situasi tersebut tanpa memarahi kanak-kanak berkenaan. 

Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Trending Fri, 11 Oct 2019

Belanjawan 2020 Akan Dibentangkan Hari Ini

Belanjawan 2020 juga merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak ia memerintah pada Mei 2018.

Trending Sun, 27 Aug 2023
Trending Wed, 24 Jun 2020
error: Content is protected !!