Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 22, 2021 @ 3:18am

Buat Comeback Dengan Ezra Kong, Hael Husaini Jadikan Kuali Inspirasi Cipta Lagu Kelentang-Kelentong

Penyanyi Hael Husaini kembali bergabung dengan komposer Ezra Kong dalam sebuah lagu baharu berjudul Kelentang-Kelentong.

Menjadikan kuali sebagai inspirasi, idea untuk menghasilkan Kelentang-Kelentong datang secara spontan.

“Sebenarnya ilham lagu ini tercetus secara tak sengaja selepas saya muncul di sebuah rancangan hiburan di Indonesia beberapa tahun lepas.

“Ketika itu, saya diminta untuk menyanyikan secara spontan berkenaan kuali. Jadi ‘Kelentang-Kelentong’ itu adalah signifikasi terhadap bunyi ketukan kuali.

“Sekembalinya ke Malaysia, saya terus menghubungi Ezra dan kami terus berbincang. Saya menyimpan lagu ini terlebih dulu kerana masanya belum sesuai untuk diterbitkan sehinggalah kini.

“Saya dan Ezra mengambil masa yang tak terlalu lama bagi penghasilan dan proses rakaman lagu tersebut, dan kesemuanya dijalankan di studio rakaman milik beliau.

“Ini juga merupakan gandingan ‘comeback’ di antara saya bersama Ezra dalam sebuah lagu setelah single Hati yang dilancarkan pada tahun lepas kerana sibuk dengan kerja dan projek masing-masing.

“Sebenarnya banyak lagi projek dan karya-karya saya bersama Ezra bakal dilancarkan pada tahun hadapan,” kata Hael.

Mengubah penceritaan lagu ini agar ia bersesuaian dengan isu semasa, Hael merakamkan muzik video single terbaru ini di sekitar destinasi pelancongan popular pilihan rakyat Malaysia, Pulau Langkawi.

“Kini, jalan cerita lagu ini telah diubah lebih sesuai dengan situasi terkini di negara kita yang telah membenarkan gelembung pelancongan terhadap beberapa destinasi dalam negeri dan juga kebenaran merentas negeri.

“Ia sebuah lagu yang mengajak kita untuk pergi berjalan atau melancong ke mana sahaja yang dibenarkan oleh kerajaan, dan ajaklah kaum keluarga mahupun rakan dan bertemulah dengan insan-insan tersayang yang kita rindui.

“Kelentang-Kelentong memberi gambaran keriuhan suasana tatkala berjumpa dan perasaan keterujaan dek kerana menahan rindu yang terlalu lama,” katanya lagi.

Lagu ‘Kelentang-kelentong’ boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua melalui aplikasi penstriman muzik manakala muzik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 8 Apr 2023
Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Trending Tue, 17 Nov 2020
Trending Wed, 22 Jan 2020
Featured Wed, 3 Aug 2022

Shila Amzah Nasihat Jangan Bercinta Dengan Lelaki Panas Baran… Siap Beri Ciri-Ciri Lelaki ‘Red Flag’

Fuh, siapa pernah ada pengalaman bercinta dengan lelaki panas baran? Serammm, hati hati buat wanita di luar sana

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] “Ada Gaya Ni, Jari Tu Lentik!” – Ramai Teruja Aafiyah Berani Buat Konsert Piano, Siti Nurhaliza Luah Rasa Sebak

Wahhh 🤩 Hebatnyaa Aafiyah nii 🥹 4 tahun dah pandai main piano 🥰 Semoga terus berjaya Aafiyah comel 🥹❤️

error: Content is protected !!