Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah October 22, 2021 @ 1:46pm

Ginjal Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Badan Manusia

Buat pertama kalinya pembedahan pemindahan buah pinggang khinzir ke dalam tubuh manusia berjaya dilakukan tanpa sebarang komplikasi atau penolakan daripada sistem imun penerima.

Kejayaan yang berpotensi besar ini dapat membantu mengurangkan kekurangan organ manusia untuk pemindahan yang mempunyai permintaan tinggi.

Prosedur yang dilakukan di NYU Langone Health di New York City ini melibatkan penggunaan babi yang genetiknya telah diubahsuai, menjadikan tisu pada haiwan tersebut tidak lagi mengandungi molekul yang menyebabkan ketidakserasian di dalam badan manusia.

Selama tiga hari, ginjal baru ini dilekatkan pada saluran darah pesakit dan dipantau dengan rapi untuk memberikan pengkaji ruang untuk melakukan pembedahan.

Kajian ini dilakukan terhadap pesakit kematian otak yang mempunyai tanda-tanda ginjal tidak berfungsi.

Keluarganya telah memberikan keizinan untuk melakukan kajian tersebut setelah pesakit dikeluarkan daripada alat bantuan pernafasan lapor Reuters.

Dr. Robert Montgomery yang mengetuai kajian ini berkata, hasil ujian fungsi buah pinggang yang dipindahkan kelihatan normal.

Montgomery juga menambah, tahap kreatinin yang tidak normal di dalam badan penerima kembali normal selepas pemindahan.

Saintis telah lama membuat kajian untuk menggantikan organ babi sebagai gantian organ manusia tetapi terhalang disebabkan penolakan oleh badan manusia.

Pasukan Montgomery menemui solusi untuk permasalahan ini dengan menghapuskan karbohidrat (molekul gula yang dikenali sebagai alpha-gal) di dalam genetik babi dan mengubah suainya untuk serasi pada tubuh manusia.

Walaupun begitu, produk perubatan yang diambil daripada babi masih memerlukan kelulusan daripada Food and Drug Administration (FDA) sebelum digunakan pada manusia.

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Fab Foodies! Thu, 24 Jan 2019

Here are 7 Places You Can Get Amazing Yee Sang in Genting Highlands

It has a range too in terms of price, so there’s a suitable Yee Sang for everyone.

Hiburan Mon, 15 May 2023
Trending Fri, 20 Mar 2020
Trending Sat, 16 Jun 2018

超狂的双人酒杯要「动作同步才能喝」

独饮虽然很有情调,但有时候也会稍嫌无趣,跟朋友一起喝才HIGH!

Featured Sun, 6 Mar 2022
Featured Wed, 9 Apr 2025

Kapsyen Meruntun Jiwa, Netizen Dakwa Marissa Dania Penat Hidup Bermadu? – “Lama-Lama Dia Pun Penat Hadap”

Marissa kelihatan memuat naik foto memperlihatkan dirinya sedang berdiri dihadapan cermin beserta kapsyen Menyedihkan.

error: Content is protected !!