Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 26, 2021 @ 2:30pm

[VIDEO] Dapat Hadiah Kereta Mustang Sempena Hari Jadi Ke-18, Gadis Ini Viral Di TikTok!

Sambutan hari ulang tahun kelahiran bukan lagi perkara asing dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Namun, cara meraikan dan hadiah yang diberikan buat insan tersayang pastinya memiliki nilai sentimentalnya tersendiri.

Begitu juga dengan perkongsian gadis yang dikenali sebagai @aamyrae_ menerusi hantaran di aplikasi TikTok miliknya apabila beliau berkongsi kejutan yang diberikan oleh ibu bapanya sempena meraikan sambutan hari ulang tahunnya ke -18.

Menerusi video berdurasi 1 minit 19 saat itu, @aamyrae_  atau nama sebenarnya Amierah Nashihin kelihatan terharu dan sebak apabila ibu bapanya menghadiahkan beliau dengan sebuah kereta berjenama mewah, Mustang yang berharga dalam lingkungan  RM500,000.

“Untunglah, aku 18 tahun dapat hadiah botol air je…”

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen video berkenaan memuji dan menyifatkan itu adalah rezeki beliau kerana lahir dalam keluarga yang senang.

Perkongsian yang dimuat naik pada Isnin itu kini telah ditonton sebanyak 366,000 kali dan menerima lebih 35,000 tanda suka setakat ini.

@aamyrae._Ya allah tak sangka Birthday tahun ni yang ke 18 dapat mustang hadiah dari mama papa 🥺❤️ Syukur ya Allah ..##fyp♬ original sound – Amyrahhh

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Featured Tue, 19 Mar 2019

Senaman Tabata Buat Lemak Anda Menangis

4 minit Tabata sama seperti 40 minit berjoging!

Hiburan Fri, 29 May 2026

Marissa Dania Ziarah Kubur Anak Undang Rasa Sayu Netizen – “Al-Fatihah Wildan Syurga, Untung Ada Yang Menanti Depan Pintu”

Perkongsian tersebut cukup menggambarkan kerinduan mendalam Marissa terhadap cahaya mata yang telah pergi

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Ini Perkara Menarik Yang Korang Mesti Tak Tahu Bila Tonton Drama Korea – Encounter?

Wah! Ensem kan Oppa korang ni? Mesti melting tengok drama-drama dia kan

error: Content is protected !!