Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella October 26, 2021 @ 2:28pm

“Baru Sebulan Kami Berkahwin, Sejujurnya Memang Seronok” – Zizi Kirana Gembira Gara-Gara…

Genap sebulan usia perkahwinan, Zizi Kirana meluahkan rasa gembiranya berkahwin dengan suami yang juga pelakon, Yusuf Bahrin.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, kini dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan perlu mengubah aktiviti harian selepas memasuki alam perkahwinan.

“Baru sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Dulu saya hanya uruskan diri sendiri, kini semua kerja kami buat bersama, sudah menjadi rutin untuk menyediakan bekalan makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi dah sibuk di dapur.

“Alhamdulillah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia makan. Lagipun dia makan makanan diet, tak susah pun nak sediakan. Ada hari saya sibuk dan terpaksa bergegas ke tempat kerja, dialah yang memasak,” katanya kepada mStar.

Tambah Zizi, mereka hanya berkenalan melalui panggilan video dan hanya selepas berkahwin baru mengetahui sikap sebenar Yusuf.

“Sebelum ini kami hanya berkenalan melalui panggilan video, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya. Kalau saya kerja dan dia pula cuti, dia akan selesaikan semua kerja rumah,” jelasnya.

Untuk makluman, Zizi dan Yusuf Bahrin melangsungkan pernikahan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Jun 2025

Le Nona Raih Jualan RM10 Juta, Bawa Sentuhan Elegan ke Rumah Rakyat Malaysia

Le Nona mengadakan Promosi Istimewa 2 Hari pada 16 dan 17 Jun 2025. Saksikan secara eksklusif di TV3, jam 1 petang, dan rebut tawaran menarik ini!

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Deja Moss Buntu Suami Mahu Cerai Tanpa Alasan

Saya tidak tahu puncanya kerana sebelum dia keluar rumah itu hubungan kami baik. Sebulan lepas dia keluar, dia mula mesej saya bukan-bukan…

Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

Cahaya Mata Sat, 15 Jul 2023
Trending Tue, 15 Jan 2019

Gambar Telur Ini Cipta Rekod Dunia

Cipta Rekod Dunia, Gambar Telur Ini Menjadi Gambar Paling Banyak Disukai Di Instagram

Featured Wed, 30 Apr 2025

“Saya Rasa Anda Berdua Perlu Berhenti, Kalian sedang Cipta Gelombang Fitnah!”- Da’i Wan Tegur Pempengaruh Pamer Pergaduhan Di Media Sosial

“Saya minta berhenti sekarang. Selesaikan hal keluarga anda di belakang tabir” – Dai Wan

error: Content is protected !!