Featured By: Salma Syahbuddin October 30, 2021 @ 7:19pm

“Jangan Buat-Buat Lupa, Dia Buat Saya Macam Tunggul” – Isu Langgar Kontrak, Rafiena ‘Warning’ Zizi Kirana

Penerbit dan pengarah drama Jamu Nesan, Datuk Rafiena kesal dengan tindakan pelakon dan penyanyi, Zizi Kirana yang dilihat seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab terhadap kerja yang diamanahkan tanpa perlu mencari kesalahannya.

Tegasnya, selepas pelbagai usaha dan cadangan diberikan oleh pihak produksi, Zizi dilihat melengah-lengahkan tanggungjawab yang telah diberikan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan cepat.

“Dia jangan buat-buat lupa. Masa mula-mula bertudung dia beritahu pihak produksi dia bersetuju untuk buka tudung di set penggambaran. Kalau ada yang bertanya dia akan beritahu babak berkenaan dilakukan sebelum dia bertudung.

“Kemudian dia berubah hati dan mahu fikir cara lain. Dia biarkan saya macam tunggul apabila terpaksa menunggunya berminggu-minggu untuk tahu keputusan rasmi daripadanya,” katanya.

Hormati keputusan mahu bertudung

Selain itu, Rafiena juga memberitahu bahawa pihaknya menghormati keputusan Zizi kerana mahu mengenakan hijab. Oleh sebab itu, produksi mahu berbincang dan menyelesaikan masalah ini namun, selepas perbincangan demi perbincangan, pelantun lagu Eh itu seakan-akan cuba melengahkan penggambaran drama tersebut.

“Dia dan pengurusnya jangan lupa yang mereka bersetuju untuk mengikut segala jadual yang ditetapkan oleh pihak produksi. Malah, ketika kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dibuka semula, pihaknya ada mengambil tawaran lain tanpa maklumkan kepada saya sehingga menjejaskan jadual pelakon lain. Dia langsung tidak kasihankan pelakon-pelakon lain yang menunggu jawapan daripadanya,” jelasnya.

Menurut Rafiena, sebagai anak seni dia perlu sedar yang pekerjaan ini menuntut kerja berpasukan dan apa yang dilakukannya itu  menyusahkan semua pihak.

Dan, disebabkan perkara ini terjadi pihak produksi terpaksa menggugurkan namanya dan digantikan dengan Didie Astillah.

“Selama ini saya tiada masalah dengan Zizi. Dia seorang yang baik dan cuba menjayakan watak sebaik mungkin, tapi isu berlaku apabila dia memakai tudung dan enggan melakonkan watak yang sedia ada iaitu ketika dirinya tidak bertudung,” 

“Saya tidak mahu mendengar alasan, sebaliknya saya nak tahu pendirian yang teguh. Jika dia tidak berminat untuk membawakan watak itu selepas bertudung, cakap saja. Janganlah selepas saya bagi pendapat untuk memakai rambut palsu dia minta masa untuk berbincang sedangkan perkara ini boleh diselesaikan dalam tempoh kurang sehari serta beri apa cadangan terbaik,” ujarnya.

Malah, Rafiena turut meminta agar Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 36, tidak memutar belit cerita kerana semua kru produksi dan pelakon drama berkenaan tahu cerita sebenar.

Terdahulu, Zizi didakwa melanggar kontrak dan banyak karenah menyebabkan beliau digugurkan daripada meneruskan watak dalam drama, Jamu Nesan.

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 27 Apr 2018

Kahwin 19 Mei, Putera Harry ‘Lamar’ Abang Jadi Pengapit

The Duke of Cambridge berbesar hati untuk memenuhi hasrat dan sangat teruja untuk memberi sokongan kepada adiknya di Gereja St George, Windsor pada 19 Mei depan.

Featured Sat, 30 Sep 2023
Hiburan Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Tue, 21 Sep 2021

“Mohon Tak Payah Datang Malaysia Lagi” – Selamat Berhijrah Ke Bali Bersama Keluarga, Nourul Depp Jadi Mangsa Buli Siber Netizen

Berhijrah ke Bali, Indonesia bersama keluarga, penyanyi Nourul Depp menjadi mangsa buli siber oleh netizen yang tidak bertanggungjawab. Mendedahkan perkara terbabit di salah satu hantaran Instagram miliknya, Nourul kesal dengan sikap segelintir wargamaya yang keterlaluan. […]

Trending Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Sat, 27 Apr 2019

‘Di Mana Jati Diri Menteri Ini?’- Aishah Luah Rasa Kecewa Dengan YB Syed Saddiq

Nampaknya usaha Kementerian Belia dan Sukan membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 mendapat pelbagai reaksi di kalangan selebriti. Selain pelakon Sharnaaz Ahmad, penyanyi Aishah turut ‘menegur’ Menteri Belia […]