Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 9, 2021 @ 6:00pm

Sebabkan Kecederaan Parah, Awie Diarah Bayar RM80,000 Terhadap Bekas Isteri

Mahkamah Rayuan hari ini, memerintahkan penyanyi rock, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman membayar ganti rugi sebanyak RM80,000 kepada bekas isterinya, Rozana Misbun atas kecederaan parah yang dialaminya tujuh tahun lalu.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Nor Bee Ariffin dalam keputusan sebulat suara berkata, mahkamah tidak berpuas hati dengan hujah bahawa Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf atau tersalah arah dalam membuat keputusan itu.

Katanya, jumlah bagi ganti rugi kecederaan dan ganti rugi teruk adalah adil dan munasabah dengan mengambil kira kecederaan dialami serta lokasi kejadian berlaku.

“Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mencapai keputusannya untuk menegaskan semula keputusan Mahkamah Sesyen.

“Mahkamah mendapati tiada merit dalam rayuan ini dan rayuan perayu ditolak dengan kos RM15,000,” katanya.

Pada September 2018, Mahkamah Sesyen telah memerintahkan Awie membayar RM30,000 bagi ganti rugi kecederaan dan RM50,000 kepada Rozana bagi ganti rugi teruk.

Rozana selaku plaintif yang sebelum ini turut memfailkan saman menuntut ganti rugi untuk kecederaan dialaminya termasuk keretakan dua tulang rusuk, lebam di muka dan beberapa bahagian lain.

Untuk rekod, pada Mei 2016, Awie didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak.

Dan, pada 4 Julai 2014, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana di rumah mereka di Ukay Perdana, Hulu Klang.

Namun, pada 7 Mac 2016, Awie dibebaskan daripada tuduhan tersebut selepas kedua-dua pihak bersetuju agar kes diselesaikan dengan cara Awie membayar kompaun sebanyak RM10,000 serta membuat permohonan maaf secara terbuka di mahkamah.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 20 Jun 2005 dan sah bercerai pada 1 November 2014.

Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu, Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha.

 

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 6 Oct 2023
Trending Wed, 27 Jun 2018

Video of Rosmah Singing Ed Sheeran’s Perfect Going Viral

Oh, Najib also sang a couple of songs.

Events Wed, 13 Dec 2023

Incubus Pilih Malaysia Sebagai Lokasi Konsert Jelajah Asia 2024

Incubus Live in Malaysia gais! Can’t wait!!!!🔥

Selebriti Thu, 21 Dec 2023
Trending Wed, 17 Oct 2018

Macam Tak Percaya, Siaran Youtube Down!

Youtube server down? Macam tak percaya je

Hiburan Mon, 9 Oct 2023
Featured Mon, 2 Mar 2026

“Last Year Kakak Kau Kurang Ajar, This Year Kau Pula” – Didakwa Memekik Terhadap Pekerja? Individu Gesa Permohonan Maaf Dari Betty Rahmad

Seorang pemilik perniagaan kecewa dengan sikap pelakon dan usahawan, Betty Rahmad ketika sama-sama terlibat dalam jualan terbesar Celeb Fest yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

error: Content is protected !!