Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari December 21, 2023 @ 5:45pm

Beri Penghormatan, Susan Lankester Guna Personaliti Ibu Untuk Watak Dalam Filem Rain Town – “Banyak Babak Yang Mencabar”

Bukan kali pertama memegang watak sebagai seorang ibu, namun pelakon Susan Lankester memaklumkan bahawa watak Aileen dalam filem Rain Town adalah satu penghormatan buat mendiang ibunya.

Kongsi Susan, menerusi watak Aileen tersebut dia menggunakan personaliti dan menjadikan ibunya sebagai rujukan.

“Saya tak pernah berlakon watak ibu yang macam ini. Lima tahun lalu saya kehilangan ibu saya, jadi watak Aileen adalah satu penghormatan kepada ibu saya. Banyak babak yang mencabar saya gunakan personalitinya masuk ke dalam watak ini.

“Aileen adalah seorang yang sangat kompleks, tetapi dia sangat menyayangi keluarga. Selain daripada itu, dia adalah seorang yang sanggup berkorban. Jadi, bila saya gunakan ibu saya sebagai rujukan, itu yang paling senang,” katanya.

Malah, dia juga mengakui tidak mudah untuk membawa watak ibu ini kerana perlu mengawal emosinya.

“Saya sangat sensitif jadi kadang-kadang bila berlakon saya tak boleh terlalu ikut perangai sendiri dan kena ikut watak.

“Saya cuba kawal kerana saya takut ‘over do’ untuk karakter ini,” kongsinya ketika ditemui XTRA pada sidang media filem Rain Town pada Isnin.

Dalam pada itu, Susan turut menzahirkan rasa gembira apabila filem Rain Town ini mengetengahkan bahasa Kantonis yang kini makin ditinggalkan.

“Satu pengalaman yang sangat seronok apabila dapat menggunakan bahasa Kantonis tetapi saya berasa sedikit tertekan sebab perlu ikut skrip untuk elak tersalah sebutan. Pengarah juga ada seorang pembantu yang turut menolong kami dari segi bahasa.

“Saya sangat bangga apabila filem ini banyak menggunakan bahasa Kantonis. Jadi Rain Town akan hidupkan balik bahasa Kantonis,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Rain Town merupakan sebuah filem arahan pengarah Tunku Mona Riza yang mengangkat tema kekeluargaan yang dibintangi oleh Chew Kin Wah, Wilson Lee, Pauline Tan dan Fabian Loo.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam bermula 8 Februari 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Aug 2025
Featured Sat, 7 Jan 2023

“Aduh, Mana Nak Cari BF Macam Ni?” – Muat Naik Hasil Suntingan Imran Aqil, Dahlia Razal Buat Netizen Single Rasa Sendu

Pempengaruh Dahlia Rizal berkongsi video hasil suntingan tunangnya, penyampai radio Imran Aqil di akaun TikTok miliknya. @indomie.dComei la dia editkan 🥹🥰 i post ok sayang hehe♬ original sound – Dahlia Rizal Menerusi perkongsian itu, Dahlia […]

Featured Tue, 4 Mar 2025

“Al-Quran Jangan Lupa, Bila Saya Panggil Jemaah Tinggal Semua Kerja Yang Kamu Buat” – Johan Nasihat Pembantu Rumah Utamakan Ibadah

Johan tidak mahu disoal di akhirat kelak apabila pembantu rumahnya itu meninggalkan perkara wajib semata-mata mahu menyiapkan kerja rumah.

Featured Wed, 26 Mar 2025

“Kebahagian Itu Kita Yang Cipta & Nikmati” – Aliff Syukri Minta Isteri ‘Arrange’ Berbuka Puasa, Kelibat Bekas Suami Bonda Rozita Curi Tumpuan

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff Syukri memaklumkan, kebahagiaan itu harus dicipta dan dinikmati.

Trending Tue, 5 May 2020

Pembayaran Fasa 2 BPN Kepada B40, M40 Kini Bermula- Menteri Kewangan

Berita penting buat mereka yang memohon BPN!

Featured Tue, 11 Oct 2022
Events Thu, 20 Jun 2019
error: Content is protected !!