Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah November 11, 2021 @ 3:41pm

Gara-Gara Homestay Tiada Seterika, Suami Banggakan Isteri Guna Cerek Eletrik Untuk Ratakan Tudung

Tindakkan seorang suami ini melicinkan tudung isterinya menggunakan cerek eletrik mendapat pujian ramai di TikTok.

Video pendek yang berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan suami kepada pemilik video bernama @eja2110 meratakkan kedut ditudung dengan melalukan tudung itu diatas cerek elektrik yang panas.

Dipercayai taktik ini dilakukan dengan menggunakan wap panas daripada air yang mendidih dari cerek elektrik tersebut.

Video diakhiri dengan gambar mereka sekeluarga dimana pemilik video tersebut memakai tudung yang dilicinkan suaminya itu tanpa ada kesan kedutan.

Apabila ditanya sama ada cara itu berhasil atau tidak, pemilik video ini menjawab “hasilnya on point, tudung hilang kedut,”.

Pemilik video menjelaskan di kapsyen, kejadian ini terjadi kerana tempat penginapan yang didudukinya tiada seterika dan kaunter pula tutup apabila dia ingin meminta seterika.

Rata-rata penonton diruangan komen mengatakan mereka tidak pernah terfikir boleh pakai cerek elektrik untuk ratakan tudung.

Ada juga yang memberikan tips cara lain untuk menghilangkan kedut ditudung diruangan komen video tersebut.

“Travel hack, kalau takda iron, boleh guna hairdryer jugak untuk hilangkan kedut tudung. Kedut muka je tak boleh hilang,” komen seorang pengguna Tiktok bernama Callmesmart.

Video yang dikongsi pada Rabu ini telah mendapat sebanyak 886,800 tontonan dan 76,100 tanda suka di TikTok setakat ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Jan 2022

“Tinggal Empat Bulan Lagi” – Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Hamil Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali, 22, memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan. Menerusi hantaran Instagram, Eyra membuat kejutan kepada suaminya, Haziq Nadzli dengan memberikan hadiah berupa sebuah kotak. Di […]

Trending Wed, 4 Dec 2019

Tular Foto Tak Senonoh, Penganjur Ekspo Tatoo 2019 Mohon Maaf

Pihak penganjur mohon maaf atas insiden yang berlaku tanpa sengaja

Hiburan Sat, 27 Apr 2019

‘Di Mana Jati Diri Menteri Ini?’- Aishah Luah Rasa Kecewa Dengan YB Syed Saddiq

Nampaknya usaha Kementerian Belia dan Sukan membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 mendapat pelbagai reaksi di kalangan selebriti. Selain pelakon Sharnaaz Ahmad, penyanyi Aishah turut ‘menegur’ Menteri Belia […]

Hiburan Thu, 7 Dec 2023

Misi Membantu Calon SPM Ubah Gred G Kepada A

Makin ramailah bilangan calon SPM dapat A selepas ni!

error: Content is protected !!