Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 15, 2021 @ 6:29pm

Penerbit Cukup Derita Itu Mohon Kerajaan Benarkan Kanak-Kanak Berlakon

Penerbit popular, Siti Rosmizah memohon kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memberikan kelonggaran untuk pelakon kanak-kanak untuk terlibat dalam penggambaran drama.

Mengulas berkenaan isu pelakon kanak-kanak yang tidak dibenarkan datang ke set penggambaran kerana belum divaksin, Rosmizah yang merupakan penerbit drama bersiri Cukup Derita Itu memohon agar perkara ini dipertimbangkan.

Drama hangat lakonan Hisyam Hamid dan Ruhainies ini bakal meneruskan kesinambungannya bermula hari ini.

“Sekarang masalah kami yang pada saya sangat besar untuk minta diselesaikan adalah berkaitan pelakon kanak-kanak.

“Takkan dalam satu drama tiada langsung kanak-kanak? Itu saja masalah sekarang. Dari segi bekerja semasa waktu pandemik, bagi saya, as long kita ikut prosedur yang dah ditetapkan, tiada masalah.

“Tapi nak benarkan watak kanak-kanak masuk ke set, itu yang bermasalah. Saya minta sangat-sangat kerajaan benarkan sebab kanak-kanak ni bukan dia tak nak vaksin, tapi dia tak boleh nak vaksin sebab dia masih bawah umur.

“Sekarang ni pilihan kami ialah kalau ibu bapa kanak-kanak itu sanggup vaksin anak dia, adakah FINAS tetap benarkan kanak-kanak itu berlakon?

“Tapi kita takut juga nanti. kalau dah vaksin masih tak nak diberi kebenaran atas sebab kanak-kanak bawah umur tak boleh berlakon lagi,” katanya ketika ditemui di sidang media maya drama Cukup Derita Itu pada Isnin.

Rosmizah juga meluahkan rasa ralat apabila dia terpaksa merombak skrip semula dalam drama Cukup Derita Itu.

“Setakat ini kami tak langgar, sebab itu dalam Cukup Derita Itu, saya rasa agak terkilan sebab saya terpaksa rombak semua.

“Macam mana Ellani (watak Ruhainies) tu kita terpaksa mainkan peranan perasaan sedih dia, tak boleh merintih dengan anak dia kerana kita tak boleh tunjuk bila berlaku apa-apa konflik dalam diri dia, anak dia.

“Kita jadikan baby ni untuk menarik perhatian orang, rasa sedih kan. Tapi sekarang Ellani tak dapat, dia hanya berbicara pandang baby cot, padahal dalam baby cot tu bukannya ada baby tapi kita terpaksa buat-buat macam ada baby.

“Saya cuma rasa terkilan sebab dia tak sempurna di mata saya, cerita itu tidak sempurna. Saya harap di masa akan datang, kelonggaran dapat diberikan,” ujarnya.

Kesinambungan drama Cukup Derita Itu bakal ditayangkan bermula 10 malam ini, setiap Isnin hingga Khamis di slot Samarinda TV3, jangan lupa saksikannya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Ezzaty Abdullah Jadi Mak Ayam?

Ezzaty Abdullah kembali aktif dalam industri apabila baru-baru ini beliau sekali lagi terlibat dalam sebuah drama bersiri Iflix, KL Gangster Underworld. 

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

MEGHAN MARKLE HAS PICKED HER WEDDING DRESS DESIGNER

Alert to all royal wedding fans, Meghan Markle has picked her wedding dress designer and spills more information for her royal wedding too!

Featured Mon, 30 Dec 2024
Featured Mon, 19 Dec 2022
Hiburan Fri, 22 Nov 2024

Nad Zainal Pernah Rasa ‘Down’ Gara-Gara Ada ‘Whisker Dimples’ Di Wajah

Nad Zainal mengaku down ada whisker dimples di wajah

Events Thu, 17 May 2018

Ikon Wanita Melayu, Amy Nurtinie Dinobat Sebagai Juara!

Amy Nurtinie atau nama sebenarnya Amy Nurtinie Abdul Aziz telah diangkat sebagai Juara Ikon Wanita Melayu pada tahun ini selepas pengacara Karl Shafek mengumumkan nama beliau pada acara Pencarian Wanita Melayu di Plaza Shah Alam baru-baru ini

error: Content is protected !!