Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 19, 2021 @ 12:28pm

“Jemputan Kami Terhad & SOP Sangat Ketat” – Kongsi Persiapan Majlis Kahwin, Haqiem Rusli Mohon Maaf

Penyanyi, Haqiem Rusli menerusi hantaran Instagram Story miliknya memohon maaf kerana tidak dapat menjemput semua pihak untuk menghadiri majlis pernikahannya yang berlangsung pada hari ini.

Menurutnya, pihak keluarga terpaksa mengehadkan jumlah tetamu yang hadir bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Saya nak minta maaf jika ada rakan-rakan yang tidak dapat saya jemput untuk majlis. Atas sebab jemputan kami terhad dan SOP yang sangat ketat.

“Oleh sebab itu, kami tidak dapat jemput  semua dan kami lebihkan keluarga dan sedara mara. Terima Kasih, doakan yang baik-baik sahaja,” tulisnya.

Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dilihat sempat berkongsi persiapan majlis perkahwinannya yang bertemakan warna putih itu menerusi hantaran yang dimuat naik pada Khamis.

Terdahulu, Haqiem yang juga pemenang Penyanyi Lelaki Popular Xiomi pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH 34) turt mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya pada acara berkenaan.

Apapun, tahniah Xtra ucapkan buat Haqiem Rusli dan pasangan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Mar 2020
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

T***k Fasha Pula Jadi Bualan!

Ia tetap menjadi kecaman netizen walau pun tidaklah nampak sebesar Elly Mazlein kan!

Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

Jamu Untuk Ibu Mengandung Memang Wujud Ke?

Maka, semaklah terlebih dahulu tentang sesuatu ubatan tradisional dengan merujuk doktor, klinik, badan profesional, atau Portal Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Trending Mon, 18 May 2020
familuv Fri, 9 Nov 2018

Anak Tak Nak Makan Sayur? Buat Trik Homemade Sosej Ayam Sayur Ini

Sosej ini boleh direbus ataupun digoreng!

error: Content is protected !!