Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 18, 2020 @ 10:56am

Dr Noor Hisham Bimbang, Tindakan Rentas Negeri Sambut Aidilfitri, Undang Padah

Sehingga hari ini, sebanyak 971 kes positif Covid-19 atau 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 6, 894 kes yang direkodkan mempunyai sejarah merentas negeri.

Justeru itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan masyarakat bahawa tindakan merentas negeri untuk sambutan Aidilfitri boleh mengundang padah.

” Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri. Malah, 10 daripada kluster-kluster itu adalah masih aktif,” Katanya.

Tambahnya lagi, kes positif Covid-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan, lebih-lebih lagi sekiranya masyarakat masih gagal mematuhi arahan PKPB.

Ini kerana, tempoh perayaan ini mungkin menjadi penyebab utama penularan jangkitan Covid-19 di kawasan yang mempunyai status zon hijau.

Noor Hisham memaklumkan pihaknya khuatir melihat peningkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri, kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 508 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Jun 2022

#SeoulSaranghae: BTS ‘Hiatus’, Mahu Fokus Projek Solo

Tak kan lah ‘Hiatus’ kannnnn…. Mau menangis hakak!

Featured Wed, 8 Jan 2025

Terus Kunci Mulut, Uqasha Senrose Enggan Komen Isu Rumah Tangga Didakwa Berantakan

‘People will not stop talking’ – Uqasha Senrose

Trending Sun, 1 Apr 2018

Going To KPOP Concerts Will Extend Your Life for Another 10 Years!

This is actual science and statistics speaking!

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Tak Kira Normal Atau Czer, Semua Pengorbanan Ibu” – Fattah Amin Kongsi Pengalaman Sambut Kelahiran Muhammad Jarir Umar

Fattah turut berkongsi detik-detik sebelum isterinya, penyanyi dan pelakon Amira Othman, melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Featured Mon, 10 Jul 2023
Featured Tue, 30 Sep 2025

Zizi Kirana Mohon Misi Kemanusiaan Berjaya, Impi Duduk Lama Depan Kaabah

Zizi juga berazam untuk ke Tanah suci Makkah & Madinah.

error: Content is protected !!