Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 30, 2026 @ 12:43pm

“Tak Kira Normal Atau Czer, Semua Pengorbanan Ibu” – Fattah Amin Kongsi Pengalaman Sambut Kelahiran Muhammad Jarir Umar

Pelakon, Fattah Amin menyifatkan proses melahirkan anak sama ada secara normal mahupun pembedahan caesarean (czer) tetap menuntut pengorbanan besar seorang wanita bergelar ibu.

Menerusi video siaran langsung yang tular di TikTok, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, tiada istilah lebih mudah antara kedua-dua kaedah kelahiran kerana setiap ibu melalui pengalaman yang berbeza.

“Tak kisahlah bersalin normal atau czer, yang penting semuanya dah selamat.

“Bagi saya, sebenarnya tak ada beza pun. Bersalin normal atau czer, kedua-duanya adalah pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu untuk melahirkan anak,” katanya.

Menurut Fattah, setiap wanita mempunyai perjalanan kelahiran yang berbeza, justeru pengorbanan mereka wajar dihargai.

“Ada orang rezekinya dapat melalui proses kelahiran yang senang dan mudah. Ada juga yang sukar. Setiap orang mempunyai perjalanan dan pengalaman yang berbeza.

“Hargailah ibu anda semua. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri. Saya saksikan sendiri bagaimana seorang ibu bertarung nyawa. Memang benarlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

“Kita kena hargai pengorbanan ibu kita. Suami pun kena hargai pengorbanan isteri kerana melahirkan anak bukanlah satu perkara yang mudah,” katanya.

Dalam masa sama, Fattah turut berkongsi detik-detik sebelum isterinya, penyanyi Amira Othman, melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Katanya, mereka mula menyedari tanda-tanda kelahiran sejurus selepas waktu Subuh sebelum Amira dibawa ke hospital.

“Selepas solat Subuh, sudah ada petanda. Tapi kami masih tidak pasti lagi waktunya. Sekitar jam 8 pagi, memang sudah sampai masanya,” katanya.

@fattahaminzteam__

Alhamdulillah Syukur Allah permudahkan semuanya 🤲🏻✨🫶🏻 Selamat berpantang Mummy Jarir 🤍 #fattmira Tiktok Live : fattahamin

♬ original sound – FA Team – FA Team

Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 sebelum dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Jarir Umar, yang dilahirkan pada 24 Jun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Featured Sat, 8 Oct 2022
Featured Tue, 12 Jul 2022

“Saya Masih Hormat Abang, Tapi Kenapa Perlu Kaitkan Isu..” – Pendapat Bercanggah, Shahrol Shiro ‘Tempelak’ Afdlin Shauki?

Alamak, ni apa kes pulak? Shahrol marah Afdlin kaitkan isu apa ni gais? Aduhai, apapun, kita bincang baik-baik ya

Contest Mon, 24 Sep 2018

#JommenangXtra : Rasai Ketakutan Luar Biasa Di Sunway Lagoon Dalam Nights Of Fright 6

Rasai mimpi ngeri yang bakal menghantui anda di Nights Of Fright (NOF6)

Acara Tue, 12 Apr 2022

“Sebelum Body Shaming Orang, Cermin Diri Sendiri Dulu” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong memberikan reaksi terhadap isu body shaming yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut Chacha, meskipun memiliki masalah berat badan dan pernah menjadi mangsa body shaming, Chacha bersyukur masih ada lagi yang […]

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

#KitaPunya 爱国运动 「阿牛」陈庆祥代言人之一

配合即将到来的第61届国庆日,首要媒体集团从8月1日起展开主题为“KitaPunya”的爱国运动,并举办系列活动让全民参与,将爱国情怀洋溢整个马来西亚!

Featured Wed, 22 Jan 2025
error: Content is protected !!