Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 24, 2021 @ 12:59pm

Ayah Sebak, Tak Sangka Anak Hadiahkan Jam Idaman… Sebelum Ini Mampu Cuci Mata Sahaja

Ketika anak-anak dewasa kelak, jangan lupa untuk membalas jasa ibu dan ayah yang sudah membesarkan kita dari kecil hingga besar.

Walaupun ibu dan ayah tidak mahu menyusahkan anak-anak, tapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memenuhi segala keperluan mereka.

Tidak lupa juga apa kemahuan mereka seperti yang pernah dilakukan kepada kita suatu masa dahulu.

Perkara yang sama turut dilakukan oleh seorang pemuda apabila mengetahui ayahnya berhajat untuk memiliki jam tangan.

@naemzaimi

Kami sayang Abah❤️ #foryoupage #foryou #viral #kamisempoi #abangspek

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @naemzaimi, berkongsi mengenai pemuda itu menghadiahkan seutas jam tangan kepada ayahnya.

Menurut Naem dalam perkongsian itu, sebelum ini ayahnya pasti akan singgah di sebuah kedai jam tetapi untuk mencuci mata sahaja kerana tidak mampu memiliki jam tangan tersebut.

“Abah saya kalau pergi Alor Setar mesti dia akan singgah kedai jam Shanghai belakang Pekan Rabu.

“Ayah kata hanya nak cuci mata, nak beli pun tak mampu sebab mahal.

“Tapi hari ini saya hadiahkan jam yang dia idamkan itu. Sebak pula bila tengok reaction ayah,” katanya dalam video itu.

Namun, siapa sangka rezeki si ayah akhirnya dapat memiliki jam tangan yang dihadiahkan oleh anaknya sendiri sehingga dia tidak dapat menahan kesedihan.

Mungkin, ayahnya terharu memiliki jam yang diidamkannya selama ini.

“Sumpah aku sedih” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui perkongsian tersebut membuatkan mereka terharu dan sedih selain mendoakan agar pemuda itu dimurahkan rezeki kerana membahagiakan orang tua.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 108,100 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Selasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Sun, 28 Aug 2022

Bimbang Penonton Bosan, Anna Jobling Sedia Bergerak Solo Tanpa Meerqeen

Anna Jobling ingin digandingkan bersama orang lain?

Trending Sat, 27 Jul 2019

Isteri Suka ‘Shopping Online’, Surprise Menanti ..

Kejutan Hadiahkan Kek Berbentuk Bungkusan Kurier

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Featured Sun, 8 May 2022

Bakal Lahirkan Anak Sulung, Raja Ilya Mahu Cuba Bersalin Dalam Air

Raja Ilya ingin bersalin guna kaedah dalam air jika kesihatannya mengizinkan.

Hiburan Fri, 25 Apr 2025
Trending Mon, 24 Jun 2024
Featured Wed, 26 Nov 2025

Amelina ‘Naik Hantu’ Sindir Individu Suka Ambil Kesempatan? – “Itu Bukan Pergorbanan Kau H*nat”

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina menyorot perhatian apabila meluahkan rasa geramnya terhadap pihak yang suka mengambil kesempatan.

error: Content is protected !!