Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 24, 2021 @ 4:34pm

“Kalau Disuruh Bercium, Macam Mana?” – Beza Budaya, Tiara Jacquelina Dedah Pernah Tolak Tawaran Hollywood

Pelakon dan penerbit popular, Puan Sri Tiara Jacquelina, 54, mendedahkan beza budaya dan agama menjadi sebab dia menolak tawaran berlakon di Hollywood sebelum ini.

Kesempatan untuk meluaskan karier ke peringkat antarabangsa sememangnya menjadi idaman ramai anak seni tempatan tetapi Tiara nekad untuk tidak menerima tawaran terbabir.

“Jika 10 atau 20 tahun lalu, kemungkinan saya sudah mendapat pengalaman berlakon filem Hollywood. Tapi sebenarnya tak semudah yang dibayangkan sebab budaya Asia kita. Saya ‘old fashion’ sikit orangnya.

“Lagipun, tak ramai yang berjaya ke sana… Ini kerana ada beberapa perkara yang kita sangsi, sanggup ke kita nak jayakan kalau dapat tawaran berlakon di Hollywood?

“Banyak halangan sebenarnya, contohnya kalau babak bercium, takkan saya nak tolak dan jawab ‘I don’t do kissing’. Kalau disuruh bercium, macam mana?” katanya.

Tambah Tiara, dia pernah menerima tawaran berlakon dalam dua buah filem Hollywood tetapi dia menolak kerana prinsip yang dipegangnya.

“Sampai sekarang ada orang tanya, bila saya boleh ke Hollywood? Sejujurnya ada ejen panggil saya sertai uji bakat untuk watak orang Asia yang kita tengok sekarang.

“Tahun ini ada, tahun lepas pun pun ada. Tapi saya tak nak beritahu tajuk. Cuma apabila tonton filem itu, saya kata dalam hati, kalau saya pergi uji bakat, mungkin yang bawakan watak itu adalah saya,” katanya.

Tiara berkongsi perkara itu pada sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, menerusi topik Aku Pelakon Terbaik.

IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.

Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.

Selain itu, beberapa sesi Live IG turut pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari sehingga 29 November depan.

Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin.

Manakala topik How To Make A Drama Go Viral – The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Aug 2025

“Konsert Solo Berskala Besar? Saya Tak Nak Buat Ala Kadar” – Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah mahu persembahan terbaik untuk peminat.

Trending Tue, 27 Jan 2026

“Kami Tak Paksa Dia Jadi Apa-Apa” – Tersentuh Dengar Perkongsian Shila Amzah Mengenai Anak

Shila Amzah dan suami berusaha membesarkan anak tanpa meletakkan tekanan atau paksaan.

Trending Tue, 14 May 2019

#SetulusIkhlas: “RM 500 Sedekah Tanpa Soal Selidik, Saya Nak Masukkan RM50 Dalam Tabung Masjid Menggigil Tangan”

Selain itu, Muhammad Hassan sendiri mengakui amalan sedekah mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu membantu merawat penyakit.

Trending Sun, 1 Nov 2020
Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Hasil Tungkus Lumus Perah Idea, Luqman Podolski Muncul Dengan EP ‘Kau Apa Sebenarnya?’

EP perdana Luqman Podolski berjudul Kau Apa Sebenarnya? menemui peminat sejak 24 Januari lalu.

Hiburan Thu, 9 Nov 2023

Lelong Barangan Peribadi, Faizal Tahir Tunjuk Solidariti Melalui Faith4Palestine

Setiap sen hasil kutipan tiket dan jualan barang disalurkan 100% kepada saudara di Palestin.

Trending Thu, 19 Jul 2018
Hiburan Thu, 13 Nov 2025

El Putra Sarira ‘Ditemui’ Selepas Tular Nyanyi Bersama Lyodra, Nicholas Saputra Restu Pewaris Rangga

El Putra Sarira nyanyi bersama Lyodra terus diangkat jadi bintang filem Rangga Cinta

Trending Sat, 9 Mar 2024
error: Content is protected !!