Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 26, 2021 @ 5:01pm

Varian Baharu COVID-19 Dikesan, Dipercayai Bilangan Mutasi Lebih Tinggi – Pakar

Varian yang dinamakan B.1.1.529 adalah sejenis varian baharu yang dikesan di tiga buah negara setakat ini.

Varian yang dipercayai mempunyai daya tahan yang tinggi ataupun lebih kebal untuk melawan vaksin ini dipercayai memiliki 32 mutasi sekaligus membolehkannya menjangkiti individu yang telahpun lengkap dua dos suntikan.

Pakar Virologi, Tulio de Oliveira berkata, varian itu kini dikesan di Botswana dan Hong Kong, membabitkan pengembara dari Afrika Selatan, dan ia sekaligus meningkatkan potensi bahawa penumpang lain yang berada bersama individu tersebut di dalam pesawat berkenaan juga mungkin dijangkiti.

Sehingga kini, Institut Nasional Penyakit Berjangkit (NICD) melaporkan 22 kes positif daripada varian B.1.1.529 direkodkan berdasarkan penjujukan genom.

Manakala, menurut World Health Organisation (WHO), pihaknya kini sedang memantau dengan teliti varian yang dilaporkan dan dijangka mengadakan mesyuarat teknikal bermula 26 November 2021 bagi menentukan sama ada ia adalah varian mendapat perhatian (VOI) atau varian membimbangkan (VOC).

“Analisis awal menunjukkan varian ini mempunyai sejumlah besar mutasi yang memerlukan kajian lanjut,” katanya.

 

Sumber : BH, Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Featured Thu, 15 Sep 2022

Bawa Watak ‘Sugar Mommy’, Fasha Sandha Sedia Dikritik – “Banyak Babak ‘Daring’, Penonton Kena Buka Minda”

Fasha Sandha kata dia tahu akan dikritik oleh Jabatan Netizen Malaysia (JNM). Tapi, adegan panas macam mana tu? Nantikan dalam drama bersiri Rampas Cintaku akan datang 23 September ini! 😚

Replicated Draft Mon, 21 Aug 2023

Terharu Pulak Tengok Iklan Merdeka Ni, Terasa Semangat Patriotisme Tu!

Bulan Ogos dah tiba! Beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Mesti banyak aktiviti yang korang dah plan cuti panjang merdeka ni kan? Bukan tu je, yang paling dinantikan adalah iklan-iklan […]

Trending Wed, 23 Jun 2021

Luqman Hakim ‘Luqie’ Pamer Aksi Cemerlang Menentang KRC Harelbeke

Min suka anak muda ada visi dan misi ni!✌

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Cuba sekali pasti nak lagi!

error: Content is protected !!