Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 27, 2021 @ 11:09am

“Sebaknya! Sampai Dada Terasa Sesak…” – Shuib Kongsi Perbualan Terakhir Sarah Menerusi Lagu ‘Tinggalkan Diriku’

Pelakon, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi antara perbualan terakhir bersama isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menerusi muzik video berjudul Tinggalkan Diriku yang dimuat naik pada Jumaat.

Lagu yang dirakamkan ketika sesi latihan Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018 itu begitu menyentuh hati rata-rata pendengar dan peminat Allahyarham.

“Selepas hari keenam pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya menerima lagu Tinggalkan Diriku yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase beliau di Matic, Kuala Lumpur.

“Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang.

“Semoga ia akan menjadi pengubat rindu, penawar duka dan kenang-kenangan untuk kita bersama,” katanya.

” Bila sampai perbualan terakhir tu…air mata terus mengalir, Al-fatihah Siti Sarah “

Bagi peminat dan penyokong yang sentiasa mengikuti perkembangan dan cerita Allahyarham Sarah, pastinya kemunculan muzik video Tinggalkan Diriku ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam buat anda apatah lagi Shuib sempat menyelitkan rakaman perbualan terakhir beliau bersama isteri tercinta.

Menurut Shuib, perbualan terakhir bersama Sarah itu adalah untuk memberi kata-kata semangat kepada arwah disamping memujuknya untuk ditidurkan.

Terdahulu, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan Covid-19 pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos 2021 dan terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2020
Featured Tue, 26 May 2026
Trending Fri, 19 May 2023
Events Wed, 14 Aug 2019

Kuala Lumpur Fashion Week 2019 Suits Up for Ready to Wear Runway in August

Showcasing over 80 homegrown labels in 5-day, KUALA LUMPUR FASHION WEEK is set for its 7th and ready to show!

Hiburan Mon, 3 Feb 2025

Dah Bertunang 9 November Lalu, Bakal Suami Wanna Ali Anak Bekas Ketua Polis

Wanna Ali dedah detik perkenalan bersama tunang iaitu anak bekas ketua polis negara

error: Content is protected !!