Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 28, 2021 @ 1:40pm

“Nak Pasang Badan Semula… Tapi Bila Pergi Gym Hairan Perut Tak Kecil” – Anak Kedua Baru Cecah 6 Bulan, Fiza Frizzy Kini Hamil Anak Ketiga

Biarpun anak keduanya baru sahaja berusia enam bulan, pengacara Fiza Frizzy, 33, mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga.

Dedah pengacara rancangan Wow Shop ini, pada awalnya dia agak ragu-ragu sehinggalah dia ditegur oleh kenalannya.

“Saya baru sahaja melahirkan anak kedua, Mohd Fahad Syamel yang kini berusia enam bulan. Seperti wanita lain yang baru melahirkan, sudah pasti semuanya ingin kembali ke bentuk asal dan pasang badan semula.

“Apabila pergi ke gimnasium, bahagian badan lain semua menunjukkan perubahan, tetapi saya hairan kerana perut tak mengecil? Akhirnya saya ke sesi fitting baju dan dia bertanya mengenai bentuk perut saya.

“Dia meminta saya membuat ujian kehamilan. Saya buat kelmarin dan syukur Alhamdulillah, saya hamil. Saya masih belum pasti usia kehamilan, mungkin baru empat atau lima minggu. Selepas ini saya akan buat pemeriksaan lanjut apabila berjumpa doktor,” katanya.

Menerima positif berita terbabit biarpun jarak kehamilan agak dekat, Fiza dan suami, Mohd Fazli Zulkifli bersyukur mereka bakal menimang cahaya mata.

“Sebenarnya saya rancang untuk hamil anak ketiga lagi lima tahun, tapi rupa-rupanya rezeki Allah nak bagi lepas beberapa bulan kehadiran anak kedua. Apa pun saya mendoakan yang baik-baik sahaja, insya-Allah.

“Suami turut sama terkejut tapi tentunya dia gembira. Kalau nak tahu, sebelum kami dapat mengenai kehamilan ini, rezeki kami berdua mencurah-curah. Syukur Alhamdulillah, kami rasakan kami menumpang rezeki anak.

“Saya idam anak perempuan sebab sudah ada dua anak lelaki. Apa pun saya kita kisah mengenai soal jantina. Memadai anak yang bakal lahir sihat sempurna seadanya, kami sudah bersyukur,” katanya.

Fiza ditemui pada majlis pelancaran Dulang Kafe di Kompleks Kelana Jaya Centre Points, pada Jumaat.

Kafe yang menyajikan makanan Melayu, Jawa dan Singapura serba lazat ini Kafe dibuka secara rasmi bermula 29 November, dari jam 11.30 pagi hingga 8.30 malam.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengarah Urusan Dulang Kafe, Karl Shafek, Pengarah Dulang Kafe, Iylia Zarisha Marican dan rakan-rakan selebriti seperti Asmidar, Nasz Sally dan Maria Tunku Sabri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Lima Ciri Bakal Menantu Idaman Rohana Jalil

“ Saya akui ramai jejaka yang cuba dekati dia. Ada yang handsome, kaya dan banyak kriteria menarik pada lelaki-lelaki itu tetapi nampaknya adik mahu fokus pada kariernya buat masa ini,” jawabnya ringkas.

Featured Sun, 22 Mar 2026

Jazmy Juma Teringin Bawa Kekasih Beraya Di Kampung

Pelakon Jazmy Juma mengaku sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut secara sederhana bersama keluarga tercinta.

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

INI SEBAB KENAPA SAHARUL RIDZWAN TERHARU

Pelakon Zahir Tak Terucap ini menyatakan rasa syukurnya kerana, doa yang dimintanya selama ini telahpun dimakbulkan.

Featured Wed, 26 Mar 2025

“Bila Perniagaan Gunakan Ketuhanan Sebagai Tagline…” – Dakwa Jadi Mangsa Plagiat, Fiziwoo Tampil Dedah Bukti

Kata Fiziwoo, , tindakan plagiat yang dilakukan oleh pihak terbabit adalah sangat tidak profesional.

Hiburan Fri, 1 Mar 2024

Hun Haqeem Terkejut David Teo Bongkar Kes Saman Langgar Kontrak MIG… Akui Tak Simpan Dendam

Semoga dipermudah segala urusan Hun nak selesaikan kes saman

Featured Wed, 28 May 2025
Hiburan Wed, 15 Jan 2020
error: Content is protected !!