Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 30, 2021 @ 5:06pm

RM200,000 Gagal Dibayar, Mahkamah Tinggi Arah Harta Nur Sajat Disita & Dijual

Permohonan OWA Resources Sdn. Bhd. untuk menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar oleh usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman melalui proses penyitaan dibenarkan oleh mahkamah dan telah dilaksanakan pada pagi tadi.

Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik usahawan yang dikenali dengan nama Nur Sajat ini mengambil tindakan menyita susulan kegagalan usahawan tersebut membayar jumlah penghakiman pada bulan Disember tahun 2020.

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dijalankan pukul 10.30 pagi tadi di rumah Sajat yang beralamat di Kota Damansara, Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Sajat tidak memberi sebarang respons untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan beliau membayar gantirugi kepada OWA Resources.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Nurwati dan Syakir berkata, anak-anak guam fokus untuk mendapatkan pampasan yang diarahkan dibayar oleh mahkamah.

Barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

“Writ penyitaan dan penjualan telahpun ditampal di premis defendan pada hari ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini.

“Sekiranya jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual,” tambah Nurul Hafidzah.

Keputusan terkini Mahkamah Tinggi itu adalah satu lagi tamparan terhadap usaha Nur Sajat mengelak membayar pampasan yang diarahkan mahkamah setelah didapati melanggar kontrak perniagaan kerana gagal membekalkan bengkung dan girdle kepada stokis beliau seperti yang dipersetujui.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Oct 2018

#UPDATE; Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kapten JT 610

Juruterbang itu juga dikatakan mendapatkan lesen penerbangan daripada Bel-Air International, sebuah sekolah penerbangan di San Carlos, California, Amerika Syarikat bermula dari 2007 hingga 2009.

Featured Tue, 13 Sep 2022

Syukur Konsert Faztival Dapat Sambutan Hangat, Fazura Raih 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Tahniah Fazura!!! Dengar kata akan ada next Faztival Fazura 😍🔥

Hiburan Sat, 18 Jan 2025

Macam Kembar! Bakal Jalin Kolaborasi, Mimi Ernida & Reen Rahim Dah Lali Peminat Salah Tegur

Mimi Ernida dan Reen Rahim lali apabila sering disangka kembar atau adik beradik.

Hiburan Mon, 28 Jul 2025
Events Sat, 10 Sep 2022
Trending Tue, 19 Nov 2019

Jaclyn Hill’s New Holiday Collection Accused of “Copying” Fenty Beauty

So does this mean that Fenty Beauty owns the octagonal shape?

Featured Wed, 24 Aug 2022

Najib Razak Tinggalkan Nota Terakhir Buat Keluarga – “Ia Satu Perjalanan Yang Sedih Sekali…”

Yang baik itu datang dari Allah. Yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Moga dipermudahkan buat DS Najib.

error: Content is protected !!