Euforia Bola 2026
Program TV By: Padin November 30, 2021 @ 7:43pm

Ada Dinobat Sebagai Juara Idola Kecil Di Rumah, Bawa Pulang RM20,000!

Selepas lapan minggu bersiaran, program Idola Kecil Di Rumah telah sampai ke penghujungnya pada hari Ahad yang lepas 28 November 2021 dan menobatkan Adaputra Iskandar Danial Asdahrizam (Ada) bergelar juara.

Peserta berusia 11 tahun yang berasal dari Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000 manakala Razfazreyza Fenge Mat Rafengi (Reyza, 12 tahun, Selangor) pula terpilih sebagai naib juara dengan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Nur Qaireen Izyan Damia Jukiri (Qyen, 11 tahun, Sabah) pula muncul sebagai pemenang tempat ketiga dengan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dalam program yang dihoskan oleh Sissy Imann dan dirakamkan secara ‘virtual’ tanpa kehadiran peserta cilik di studio.

Bersesuaian dengan norma baharu iaitu sesi pembelajaran dari rumah, Idola Kecil Di Rumah yang menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif ini membuka peluang kepada enam orang kanak-kanak yang berumur antara 8 hingga 12 tahun untuk mengikuti pelbagai pengisian program ilmiah dan rekreasi yang bermanfaat.

Mereka yang turut menyertai program ini ialah Nur Zulaikha Mohamad Riduan (Ikha, 12 tahun, Selangor), NurAdyena Hanim Abdul Hamid (Dyna, 11 tahun, Negeri Sembilan) dan Nur Marsha Auni Zahira (Asha, 12 tahun, Kuala Lumpur).

Idola Kecil Di Rumah mengambil pendekatan melakukan sesi rakaman secara atas talian dengan enam peserta terpilih ini.

Selain melakukan persembahan secara maya dari rumah, para peserta juga diberikan cabaran-cabaran yang berbeza seperti Sembang IK dan Genius IK untuk menguji kebolehan komunikasi, IQ dan kecerdasan otak.

Program ini juga memaparkan selebriti jemputan dalam setiap episod untuk berinteraksi dengan peserta-peserta ini supaya pengisian program tetap menarik walaupun ia dirakam secara maya.

Menurut Muhamad Sufian Che Isa, Pengurus Projek Idola Kecil Di Rumah:

“Bagi pihak produksi, kami ingin mengucapkan tahniah kepada keenam-enam peserta yang telah mengikuti pengisian program Idola Kecil Di Rumah dari awal hingga ke akhir program.

“Kami sangat kagum dengan kesungguhan mereka untuk menyelesaikan semua tugasan dan cabaran mingguan yang diberikan dan tidak ketinggalan juga penghargaan tinggi kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang sentiasa sudi bekerjasama untuk memastikan sesi rakaman dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 May 2018

Selebriti Tempatan Ucap Tahniah Buat Tun M, Perdana Menteri Ke-7

Kegembiraan turut dikongsikan oleh selebriti-selebriti tempatan apabila Tun Mahathir menang dan bergelar Perdana Menteri yang ke-7.

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Terbitan Bersama Malaysia, Thailand… Philip Keung & Eric Lay Kongsi Cabaran Dalam Filem Seram ‘Kong Tao’

Filem seram terbitan bersama Malaysia dan Thailand, Kong Tao bakal ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Kisah Viral Sun, 27 Aug 2023

Minta Tak Sibuk Urusannya, Wanita Bertatu Dibantu Ebit Lew Kembali Buka Tudung?

Hmm iman turun naik kan.. Semoga yang baik baik saja

Featured Wed, 28 Jul 2021

“Muak Dengan Family Kaya Rampas Kuasa, Ini Baru Realiti..”- Drama Ayahanda Raih Pujian Ramai

Drama Ayahanda yang kini memasuki episod kesembilan semakin hari semakin mencuri perhatian ramai penonton. Bukan sahaja dibarisi oleh nama-nama pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Noorkhiriah  malah drama yang memaparkan konflik dan […]

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
error: Content is protected !!