Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 19, 2026 @ 10:46am

Terbitan Bersama Malaysia, Thailand… Philip Keung & Eric Lay Kongsi Cabaran Dalam Filem Seram ‘Kong Tao’

Filem seram terbitan bersama Malaysia dan Thailand, Kong Tao bakal ditayangkan di pawagam bermula hari ini, 19 Mac 2026.

Menjelang tayangan, barisan pelakon termasuk Philip Keung, Kao Supassara Thanachat, Bront Palarae, Yumi Wong, Eric Lay dan Glenn Yong hadir dalam sesi tayangan media serta sidang akhbar di TGV Cinema, Sunway Pyramid yang berlangsung semalam.

Philip Keung yang memegang watak bomoh berkongsi pengalaman mendalami ritual tempatan di Thailand yang disifatkan mencabar, terutama dari segi bahasa dan teknik lakonan.

“Saya perlu belajar sebutan serta pergerakan tertentu. Pada awalnya agak tertekan, tetapi lama-kelamaan semuanya menjadi lebih lancar walaupun pengalaman itu terasa luar biasa,” katanya.

Sementara itu, Eric Lay mengakui berdepan cabaran apabila perlu melakonkan babak berani buat kali pertama dalam kerjayanya.

“Saya perlu berlakon tanpa pakaian dan ia sangat mencabar dari segi emosi serta keselesaan, tetapi saya anggap itu sebagai satu pengalaman baharu,” katanya.

Filem arahan Peiji Goh dan Yong Choon Lin itu mengetengahkan kisah seram berkaitan ilmu hitam Asia Tenggara yang jarang dipaparkan di layar perak.

Kong Tao mengisahkan satu kejadian misteri melibatkan sekumpulan individu yang berdepan pengalaman paranormal selepas menjalankan aktiviti berkaitan dunia ghaib.

Filem ini turut dibintangi barisan pelakon dari Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Singapura, sekali gus menjadikannya sebuah naskhah rentas negara yang dinanti-nantikan penonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Cabar Diri Keluar Zon Selesa, Diana Danielle Gemuruh Jadi Hos Women Talk TV3

Menerima tawaran untuk meneraju program Women Talk TV3 musim baharu sebagai hos, Diana Danielle berdepan dengan rasa gemuruh.

Trending Mon, 2 Jul 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Berikut adalah senarai penuh menteri kabinet bagi nama anggota semua jemaah menteri serta timbalan menteri kerajaan persekutuan Malaysia yang telah diumumkan baru-baru ini selepas Tun Mahathir mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Misha Omar, Noryn Aziz Dan Siti Sarah Gabung Suara Untuk Konsert Soul Sisters

Konsert anjuran Edd Razhe Entertainment (ERE) itu menjanjikan persembahan berbeza daripada konsert yang pernah dipersembahkan di Istana Budaya.

Hiburan Wed, 10 Sep 2025

“Saya Yakin Amira Othman Akan Jadi Mak Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah Amin

Pengurus Fattah Amin berharap ikatan perkahwinan Fattah dan Amira berkekalan hingga ke syurga

Trending Tue, 20 Aug 2019

Setelah 80 tahun, Utusan Malaysia bakal ditutup

Baru-baru ini, seramai 100 orang pekerja Utusan Malaysia telah mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan menuntut gaji yang tidak dibayar dari Jun hingga Ogos 2019. Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan jentera UMNO yang menggunakan medium Utusan sebagai […]

error: Content is protected !!