Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella December 1, 2021 @ 11:38am

Gara-Gara Susah Cari Jodoh, Pemuda Tekad Merisik Rakan Sekerja

Bercakap soal jodoh, ia memang tidak dapat diramalkan.

Rupa-rupanya tanpa kita sedari, orang yang ada di depan mata kita sebenarnya adalah jodoh kita.

Sebab itulah orang tua selalu berkata, jangan gaduh-gaduh sangat, takut lama-lama nanti jatuh cinta.

Situasi sama turut dialami oleh seorang pemuda yang bernama Naufal Isfahan Hasmee apabila memilih rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Nurul Annisa sebagai pasangan hidupnya.

Sebuah klip video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @encik.izzzz, berkongsi mengenai kesukaran untuk dia mencari jodoh membuatkan dia menjadi berani merisik rakan sekerjanya itu.

@encik.izzzz

Susah sangat cari jodoh, sudahnya terus gi merisik kawan sekerja, setel 😂

♬ original sound – Encik.izzzz – Encik.izzzz

Dalam perkongsian video itu menunjukkan detik-detik romantis apabila pemuda itu membawa bakal isterinya membeli cincin di sebuah kedai emas.

“Susah sangat cari jodoh, sudahnya terus pergi merisik kawan sekerja, settle,” tulis kapsyen dalam video tersebut.

“Merayau sana sini, rupanya jodoh depan mata” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa gembira selain mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan.

“Sama cantik, sama padan”

Malah, ramai netizen turut memuji kecantikan dan kemanisan gadis pilihan pemuda tersebut.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 359,200 tontonan dan 31,900 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Dec 2022

Isu Saman JAWI RM10 Juta, Yusof Haslam Pelik Dengan Syamsul – “Saya Harap Tindakan Dia Tak Keruhkan Keadaan”

Saya dan isteri sentiasa doakan yang terbaik buat Syamsul – Yusof Haslam

Events Tue, 3 Sep 2019

Swiss Dream Circus Gerenti Luar Biasa!

Swiss Dream Circus happening giler!

Trending Tue, 19 Mar 2019

Amaran Cuaca di Kawasan Rompin, Banting Meningkat Ke Paras Tidak Sihat

Buat korang di luar sana! Jangan lupa banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar.

Hiburan Fri, 14 Jun 2024
Hiburan Wed, 3 Oct 2018
Trending Hari Ini Wed, 29 Apr 2020

Negara Kini Memasuki Fasa Pemulihan, Rakyat Dituntut Terus Patuh Arahan PKP

Ayuh rakyat Malaysia, kita bersatu dalam hal ni!

error: Content is protected !!