Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 3, 2021 @ 11:52am

“Cukup Melaksanakan Yang Wajib & Ikut Hukum” – Datuk Nora Ariffin Kini Bergelar Isteri Kepada…

Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, mengesahkan dia kini sah bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55 , yang juga merupakan sahabat baik kepada Allahyarham Johan Nawawi.

Berita tersebut dikongsikan Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Khamis.

“Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Bersempena dengan malam jumaat yang merupakan sayyidul ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi.

“Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, Nora memohon maaf kerana tidak menghebahkan perkara ini  lebih awal kepada umum.

“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah- hebahkan ikatan ini.

“Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib & mengikut hukum sahaja. Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi utk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.

“Jodoh, rezeki & ajal adalah rahsia Allah yg telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha & syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” jelasnya.

Selain itu, Nora juga berharap agar semua pihak mendoakan mahligai yang dibina sentiasa diberkati dan diredhai.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Sep 2023

[VIDEO] Tersilap Sebut Nama Pemenang & Kekok Mengacara, Sweet Qismina Akui Gementar – “Saya Dah Minta Maaf Kepada Mereka…”

Alahai, kesian Sweet. First time jadi host kan guysss 🥹 Its okay Sweet, pengalaman mematangkan ❤️‍🔥

Hiburan Wed, 6 Feb 2019
Hiburan Thu, 26 Jun 2025
Featured Thu, 4 Jul 2019

Figura Julai 2019: Hawa Rizwana, Wajah Pelaris TV3.

Hawa merupakan penyampai berita termuda di TV3!

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

Lelaki Miang Ganggu Mona Allen Ajak ‘Video Call’, Tawar Wang Cecah RM20,000

Mona Allen ditawar RM20,000, lelaki miang ajak video call

LIFESTYLE Thu, 6 Sep 2018

Lepas Nasi Lemak, Kondom Perisa Teh Tarik Pula Di Pasaran?

Produk terbaru ini dibungkus dalam tiga paket dengan rekaan bungkusan super kreatif. Dijual pada harga RM 8.40 sahaja, kondom perisa teh tarik ini juga sudah mula jadi bualan di media sosial. 

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Saya Bukan Bodoh! – Raja Ilya

Tambahnya lagi, sebagai seorang wanita islam yang masih mempunyai maruah, menolak tawaran itu merupakan jalan yang terbaik buat dirinya

error: Content is protected !!