Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 5, 2021 @ 8:35pm

“Kak Ani Ada Cadangkan Shiha Zikir & Zizi Kirana…” – Noraniza Idris Tunai Umrah, Siapa Bakal Bersama Bunga Di Separuh Akhir Muzik Muzik 36?

Penyanyi rap muda, Bunga mengesahkan penyanyi Noraniza Idris tidak akan menyampaikan lagu Intan Payung di Separuh Akhir Muzik Muzik 36.

Dalam acara yang akan berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 hadapan, Noraniza atau mesra disapa Kak Ani berada di Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.

“Saya rasa gembira dan sangat teruja dapat meloloskan diri buat kali pertama di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36 namun sedih kerana tak dapat menyampaikan lagu itu dengan Kak Ani.

“Saya dimaklumkan yang Kak Ani tak dapat hadir untuk sama-sama bertanding kerana pada tarikh penganjuran acara tersebut, Kak Ani menunaikan umrah. Setakat ini belum tahu lagi siapa yang bakal ganti Kak Ani, semuanya masih dalam perbincangan,” katanya.

Bunga juga mendedahkan yang Kak Ani ada mencadangkan dua penyanyi untuk menggantikannya menyampaikan lagu ciptaan Luca Sickta, Bunga, Amzar Razqa dan Siqma itu.

“Kak Ani ada cadangkan Shiha Zikir dan Zizi Kirana. Namun begitu, mungkin Shiha sendiri tak dapat ganti Kak Ani kerana lagunya yang berjuduk AEWO layak ke peringkat separuh akhir juga.

“Manakala ZIzi pula, saya kurang pasti apakah keputusan selanjutnya. Semuanya sedang dibincangkan tetapi apa yang penting, saya harus menyiapkan diri bertanding di malam tersebut. Saya akan memasuki kelas vokal dan berharap semuanya berjalan lancar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana, Iman Troye, Noraniza Idris & Bunga Antara 10 Terakhir Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 – Jom Semak SENARAI LENGKAP 30 Lagu Yang Layak!

Nantikan 30 lagu yang bakal bersaing di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Apr 2022

Sufian Suhaimi & Inteam Bermunajat Dalam Damba Kasih 2022

Wah, Inteam kolaborasi dengan Sufian Suhaimi!

Trending Wed, 8 May 2019

‘ Cukuplah Menabur Fitnah Pada Saya’- PU Abu Nafi Nikah Diam-Diam

PU Abu turut menyertakan hantaran screen shot menunjukkan IG sebenarnya telah diceroboh individu tidak dikenali.

Hiburan Fri, 11 May 2018

Suri Rumah Kena Ada Pendapatan Sampingan!

Kenapa perlu suri rumah kena ada pendapatan sampingan!

Hiburan Thu, 25 May 2023
Trending Tue, 2 Jan 2024

Dengar Suara Memanggil-Manggil, Nampak Melambai-Lambai…Ibu Sakit Rindukan Bella

Ibu mana yang tidak sayang anaknya, pulanglah Bella🤲🏻

Featured Fri, 9 Dec 2022

Dedahkan Rahsia Disukai Ramai, Ustaz Abdullah Khairi Tegaskan Bacalah…

Pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi tular di media sosial kerana berkongsi tip untuk disukai dan disenangi oleh orang ramai. @ciknurul06 Amalan mengelakkan permusuhan #ceramah #ceramahpendek #selfreminder #ustazabdullahkhairi #fyp #fypシ ♬ original sound – ciknurul06 Perkongsian […]

error: Content is protected !!