Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir July 5, 2023 @ 4:22pm

Disoal Tentang Persediaan Cahaya Mata Kedua, Ini Respons Fazura – “Saya Kesian Lihat Fatima Seorang Diri…”

Pelakon, Nur Fazura bersedia untuk menimang cahaya mata kedua jika dikurniakan rezeki.

Memetik laporan Harian Metro, anak sulungnya, Nur Fatima Aisya juga seakan ingin mempunyai teman untuk bermain.

“Sebenarnya soalan zuriat ni agak peribadi buat saya. Rezeki Allah itu sudah tentu saya tidak akan tolak dan saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.

“Saya pun kasihan melihat Fatima yang seorang diri (tanpa adik beradik). Kalau di rumah, dia selalu juga luah hasrat nak ke rumah sepupu untuk bermain,” ujarnya.

Sementara itu, suaminya, Fattah Amin juga sudah bersedia bila-bila masa untuk menerima kedatangan ahli keluarga baru.

“Saya dan Fattah memang bersedia pada bila-bila masa untuk menimang anak kedua. Kalau nak cakap kami merancang atau tidak, saya tak boleh komen. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kami tak tolak,” jelasnya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Nov 2020
Trending Tue, 27 Apr 2021
Kisah Viral Sun, 26 Apr 2020
Hiburan Sun, 19 Jan 2020

郭晶丽顺利外销日本!新歌MV走拍20小时妆溶累瘫

适逢郭晶丽距离发行首张专辑的第35个年头,为了纪念「35」这特殊数字,她最近特别启动「S Special Project」并以《没有一个地方叫远方》作为揭幕单曲。

Hiburan Thu, 4 Apr 2019
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Mon, 19 Nov 2018
Hiburan Fri, 24 May 2024
Featured Thu, 30 Oct 2025

“Saya Keluar Rumah Bersolek Pun Tak” – Alha Alfa Tepis Dakwaan Lelaki Tak Sesuai Pakai Makeup

Alha menegaskan, dia hanya mengenakan solekan ketika bekerja ataupun terlibat dalam mana-mana penggambaran.

Kisah Viral Mon, 19 Aug 2024

Kes Kanak-Kanak Makan Keropok Racun, Pekebun Dedah Kejadian Sebenar… Dakwa Difitnah! – “Tok Mereka Putar Belit Cerita”

Kes dua kanak-kanak maut selepas makan keropok beracun, pemilik kebun tampil dedah kejadian sebenar

error: Content is protected !!